Petang semalam sempat pergi beriadah bersama keluarga di FRIM, Kepong. Setelah selesai solat asar terus bertolak ke sana siap lengkap berpakaian sukan.
Semua bawa bekalan air masak sebagai persediaan jika dahaga nanti. Kalau ada kesempatan, kisah masuk hutan kat FRIM akan dikongsikan pada tulisan lain selepas ini.
Selepas selesai bersenam, terus pergi pula makan di Restoran Mee Gulam. Restoran itu cukup terkenal jika anda seorang yang suka makan mee goreng mamak original dari Pulau Pinang. Tentang restoran itu juga akan dikisahkan dalam tulisan yang lain selepas ini.
Habis makan kami bergegas masuk ke Highway. Dari Kota Damansara menuju ke Damansara kerana nak singgah di sebuah Masjid berhampiran bulatan di Damansara Utama. Seronok solat di situ kerana dapat imbau kembali zaman menjadi pelajar dan tinggal di sana.
Saya tak pasti siapkah gerangan nama Ustaz yang memberikan kuliah pada hari itu kerana tak pula bertanya dan cuba mencarinya dari para jemaah di situ. Namun untuk tekod, kuliah adalah Kuliah Magrib yang diadakan pada hari ahad malam di masjid Damansara Utama. Jika ada keperluan, boleh merujuk pada jawatan kuasa masjid tersebut untuk dapatkan maklumat terperinci.
Ustaz menghuraikan berkenaan kebanjiran para Ustaz yang tidak ada latar belakang agama yang memgamalkan rawatan Islam di negara kita. Oleh kerana mereka mendakwa sebagai pengamal rawatan Islam, maka orang ramai memanggil mereka sebagai ustaz.
Ustaz penceramah berkata bahawa pada hakikatnya mereka adalah seorang bomoh sahaja dan apa yang mereka dakwa sebagai rawatan Islam adalah satu pembohongan. malah ada kalanya boleh membawa kepada kesesatan jika dibiarkan berleluasa.
Semua bawa bekalan air masak sebagai persediaan jika dahaga nanti. Kalau ada kesempatan, kisah masuk hutan kat FRIM akan dikongsikan pada tulisan lain selepas ini.
Selepas selesai bersenam, terus pergi pula makan di Restoran Mee Gulam. Restoran itu cukup terkenal jika anda seorang yang suka makan mee goreng mamak original dari Pulau Pinang. Tentang restoran itu juga akan dikisahkan dalam tulisan yang lain selepas ini.
Habis makan kami bergegas masuk ke Highway. Dari Kota Damansara menuju ke Damansara kerana nak singgah di sebuah Masjid berhampiran bulatan di Damansara Utama. Seronok solat di situ kerana dapat imbau kembali zaman menjadi pelajar dan tinggal di sana.
Ceramah agama berkenaan rawatan Islam
Selepas selesai menunaikan solat magrib, kebetulan pula ada kuliah agama di situ. Jadi sementara menunggu semua anak-anak dan isteri selesai tunaikan tanggung jawab masing-masing, duduk sebentar sambil mendengar kuliah yang amat menarik dari Ustaz.Saya tak pasti siapkah gerangan nama Ustaz yang memberikan kuliah pada hari itu kerana tak pula bertanya dan cuba mencarinya dari para jemaah di situ. Namun untuk tekod, kuliah adalah Kuliah Magrib yang diadakan pada hari ahad malam di masjid Damansara Utama. Jika ada keperluan, boleh merujuk pada jawatan kuasa masjid tersebut untuk dapatkan maklumat terperinci.
Ustaz menghuraikan berkenaan kebanjiran para Ustaz yang tidak ada latar belakang agama yang memgamalkan rawatan Islam di negara kita. Oleh kerana mereka mendakwa sebagai pengamal rawatan Islam, maka orang ramai memanggil mereka sebagai ustaz.
Ustaz penceramah berkata bahawa pada hakikatnya mereka adalah seorang bomoh sahaja dan apa yang mereka dakwa sebagai rawatan Islam adalah satu pembohongan. malah ada kalanya boleh membawa kepada kesesatan jika dibiarkan berleluasa.
Antara ciri-ciri yang bukan termasuk dalam kategori rawatan Islam
Ustaz penceramah telah memberikan beberapa panduan bagaimana kita boleh kenal pasti bahawa rawatan yang ditawarkan oleh para bomoh tersebut bukanlah rawatan Islam. Berikut antara ciri-ciri mereka:- Bomoh asalnya orang biasa sahaja tetapi tiba-tiba mendapat kebolehan istimewa lalu berupaya merawat orang ramai yang ada masalah.
- Bomoh mendapat mimpi didatangi oleh orang-orang tertentu yang terkenal. Ada yang berkata di datangi oleh Sheikh Abdul Kadir Jailani, ada juga yang bertemu dengan Panglima Hitam, Panglima Nayan dan berbagai-bagai lagi mimpi pelik.
- Para bomoh mempunyai keupayaan istimewa dalam meneka perkara-perkara yang manusia lain tak mampu lakukan. Contohnya bila bomoh itu masuk ke rumah, dia lalu memberitahu bahawa terdapat sebanyak 300 ekor jin berada di dalam rumah. Untuk mengira jumlah Jin sebanyak 300 ekor bukanlah mudah, sedangkan jika lipas sebanyak itupun kita ambil masa untuk mengiranya. Jadi sudah pasti bomoh dibantu oleh Jin yang ada cara mengira jumlah kaumnya.
- Bomoh akan mengulang ayat seperti, "kita hanya berusaha, yang menyembuhkannya adalah Allah...!". Ayat tersebut telah membuatkan orang ramai kabur sedangkan apa yang diamalkan oleh bomoh tadi adalah amalan bomoh semata-mata yang telah diadaptasikan dari cara tradisi kepada cara yang kelihatan Islamik.
- Bomoh biasanya menggunakan jin sebagai pembantunya. Ini adalah dilarang dalam Islam, menurut Ustaz penceramah pada malam tersebut.
- Ada bomoh yang belajar daripada tok-tok guru yang bukan beragama Islam. Sebagai contohnya mereka belajar daripada sami, orang asli dan sebagainya. Walaupun mereka kemudiannya menyesuaikan jampi atau doa berlandaskan ayat-ayat quran, kita perlu berhati-hati.
Mungkin ada banyak lagi yang disenaraikan oleh Ustaz malam itu, tapi saya terpaksa beredar dan tidak dapat mencatitkannya satu persatu. Mungkin anda yang berminat untuk mendalami masalah ini boleh pergi bertanya pada mereka yang lebih arif dan dikenali dalam amalan perubatan alternatif atau perubatan Islam.
Apakah Pak Din Bomoh termasuk dalam kategori bomoh sesat
Apa yang menarik ketika saya mendengar kisah dan huraian ustaz pada malam itu adalah saya terus teringatkan kisah Pak Din Bomoh Patah yang menggunakan air mineral dalam perubatannya.
Ada banyak ciri-ciri yang diberikan oleh ustaz malam itu terkena pada Pak Din. Walaupun Pak Din belajar daripada neneknya dalam ilmu rawatan patah dan juga lain-lain ilmu perubatan, tapi Pak Din tidak belajar semuanya daripada nenek.
Pak Din sendiri memberitahu saya bahawa dia belajar separuh dari neneknya dan separuh lagi daripada mimpi. Dari mimpi itulah yang membolehkan dia tamat belajar sehingga mampu merawat orang ramai.
Pak Din juga ada memberitahu bahwa ilmu perbomohannya tidak boleh diperturunkan atau diajar pada semua orang. Hanya orang pilihan tertentu sahaja dari kalangan keluarganya yang boleh diperturunkan ilmu tersebut. Itupun bergantung pada anak-anaknya nanti. Siapa yang akan memilih, tidak dapat saya pastikan,
Ciri-ciri rawatan perubatan Islam yang biasa
Menurut keterangan daripada seorang pendakwah bebas, Ustaz Sharhan Shafie, berikut adalah ciri-ciri seorang pengamal perubatan islam:
- Beragama Islam
- Akil Baligh
- Mengamalkan ajaran ahli sunnah wal jamaah
- Tidak menggunakan asap
- Menutup aurat
- Tidak bercakap sombong dan takbur
- Merawat dalam persekitran yang baik
- Keluarga perawat mematuhi ajaran Islam
- Jampi atau doa mestilah daripada ayat-ayat Quran
- Tidak menggunakan barang-barang pelik seperti tengkorak orang, minyak burung, kain kuning, berada di dalam bilik gelap dan sebagainya
- Tidak memberikan tangkal atau azimat untuk dipakai atau bahan untuk mengasap rumah.
- Tidak meminta pengeras berupa binatang seperti ayam jantan hitam dan seumpamanya. Jika menggunakan tumbuhan seperti daun pokok tertentu masih boleh diterima.
- Tidak ada tuduhan liar kononnya orang-orang tertentu telah berkhianat pada pesakit.
Biasanya kita perlu melihat akhlak perawat terlebih dahulu dan jangan hanya mendengar dari mulut orang ramai sahaja. Bertanyalah pada para jiran akan akhlak perawat kerana mereka lebih kenal perawat tersebut.
Biasanya bomoh amat terkenal di kalangan orang luar tetapi tidak di kalangan para jiran sekampungnya. Ini disebabkan orang kampung kenal perangai buruk si bomoh dan mereka tidak percaya padanya.
Berbalik pada kisah Pak Din Bomoh yang saya pernah nyatakan sebelum ini, anda agak-agak macam mana? apa pendapat anda dalam hal ini?
Apa yang pasti, Pak Din tidak pernha mendakwa ia megamalkan perubatan Islam. Dia hanya mengamalkan rawatan alternatif sahaja. Samada Pak Din ada menggunakan khidmat Jin atau tidak, kena tanya sendiri pada Pak Din!!!