Quantcast
Channel: Jas-du-it
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1541

Bagaimana lulus ujian lesen memandu dengan sekali ambil

$
0
0
panduan mudah lulus ujian lesen memandu
Jangan terkejut jika saya katakan ada orang yang dah melebihi umur 40 tahun tetapi tidak pernah lulus ujian lesen memandu di negara kita. Saya kenal ramai orang yang begitu.

Mereka yang tak pernah ambil ujian lesen memandu tidak semestinya tidak tahu bawa kereta. Memang ada ramai yang tahu bawa kereta dan sering memandu kereta walaupun mereka tak pernah lulus ujian lesen memandu kereta dengan JPJ.
"Jika anda belum ada lesen memandu dan mahu lulus ujian lesen memandu dengan pantas sekali ambil sahaja, saya cadangkan beli ebook Jom Belajar Memandu. Insyaallah anda dapat panduan paling berkesan untuk lulus ujian lesen memandu dengan pantas" 
Golongan yang ada kereta, sentiasa bawa kereta tapi tak ada lesen memandu seperti yang saya sebutkan di atas, saya kenal ramai. Nak nasihatpun mereka dah tua, memang susah nak makan nasihat. Lagipun pihak berkuasa jarang saman pemandu yang dah tua.

Kalau tak pernah lulus ujian lesen memandu macam mana nak bawa kereta

Yang paling sedih sekali adalah golongan yang tak pernah ambil ujian lesen memandu, tak pernah bawa kereta dan memang tak tahu memandu kereta. Mereka tak yakin boleh lulus ujian lesen memandu. Oleh itu mereka sekadar berpuas hati bawa motosikal.

Itupun disebabkan masa mula-mula dulu tidak ada ujian bertulus atau berkomputer macam masa sekarang sebelum layak menduduki ujian praktikal. Jadi mereka ada lesen motosikal kerana sudah lulus ujian praktikal satu masa dulu. Kalau tidak, sudah tentu, mereka hanya mampu berjalan kaki atau naik kenderaan awam sahaja.

Dari pemerhatian, saya dapati ada beberapa sebab golongan ini tak pernah bawa kereta dan tak ada harapan untuk menjadi pemandu kereta:

  1. Takut menduduki peperiksaan - Golongan yang ada fobia dalam apa saja peperiksaan memang ada ramai. Biasanya mereka ini terus melarikan diri daripada menduduki apa-apa saja peperiksaan. Selepas habis sekolah, mungkin mereka bersumpah secara tak sedar untuk tidak lagi menghantui diri dengan mengambil apa jenis peperiksaan. Mereka ini biasanya kekal hidup sederhana dan tak dapat maju dengan baik dalam apa saja perkara.
  2. Takut kena tindakan undang-undang - Anda boleh saja memandu kereta walaupun tidak ada lesen dengan berani start enjin dan mula belajar memandu. Belajar memandu dengan kawan jauh lebih mudah jika tujuannya hanya untuk tahu memandu. Bila dah pandai, boleh terus bawa kereta berjalan-jalan. Tapi perlu ada keberanian untuk langgar undang-undang baru mampu buat begitu. Alhamdulillah ramai juga jenis yang taat pada undang-undang jalan raya ini. Dan mereka kekal naik motor atau berjalan kaki saja.
  3. Pernah cuba sekali tapi gagal - Ada juga yang beranikan diri dan melalui proses mengambil ujian lesen memandu kereta, tapi malangnya gagal pada cubaan pertama. Sebabnya adalah tidak tahu apa yang nak belajar. Atau ringkasnya sebab tak tahu cara mudah untuk lulus ujian lesen memandu sebab tak ada orang yang mampu bantu.
  4. Lulus ujian lesen memandu, tapi tak pernah bawa kereta selepas itu - Golomngan macam ini juga ada ramai terutamanya kaum wanita. Mereka berani, ambil ujian dan lulus kesemuanya. Mereka bayar tinggi untuk lulus sekali ujian. Bila semua dah ada, mereka ada fobia yang teruk setiap kali pegang steering dan berada di atas jalan raya. Asalkan anda banyak wang dan kaya raya, tak apa jika jadi begitu. Cari saja pemandu dan duduk di belakang jadi boss.

Pengalaman saya lulus ujian lesen memandu dengan sekali ambil

Saya ambil lesen kereta kalau tak silap pada tahun 1996. Agak lewat sebenarnya ambil lesen kereta sebab umur dah masuk pertengahan 20-an. Bukan takut untuk menduduki ujian, tapi sebab tak ada duit dan tak ada peluang.

Lagipun kereta tak ada dan tak pernah keturunan keluarga saya dari tok sampai ayah yang ada atau mampu pakai kereta. Saya tak pernah terfikir bahawa saya perlu ada kereta dan tak rasa mampu untuk beli kereta.

Bila berjalan jauh, berkawan ramai, mula luas pemandangan. Mula rasa kereta merupakan satu keperluan. Saya mula rasa yakin suatu masa nanti pasti akan mampu miliki sebuah kereta.

Apatah lagi ketika itu saya bekerja di syarikat Landrover yang memang kerja mereka jual kenderaan. Tentu bodoh rasanya kalau tak ada lesen kereta. Jadi secara diam diam saya daftarkan diri belajar memandu di kelas memandu.

Ada tawaran untuk skim dijamin lulus, sudah tentu harganya mahal, tapi saya tak mahu habiskan duit untuk perkara tak perlu sebegitu. Saya bertegas untuk ambil pakej biasa. Kenapa perlu takut kalau sekolah memandu itu ajar apa yang saya perlu tahu.

Sepanjang belajar memandu, saya dilatih oleh seorang pemuda Melayu. Dia tak henti-henti cuba yakinkan saya untuk bayar lebih padanya untuk skim pasti lulus. Saya buat tak layan sampai kesudah.

Macam-macam dia cuba dan akhirnya saya pergi jumpa boss kelas memandu itu dan laporkan rasa tak puas hati saya padanya. Saya tekankan padanya agar jangan takutkan orang susah macam saya untuk untung lebih. Itu kerja tak baik dan jika diteruskan perniagaannya akan saya sumpah jadi tukun!.

Nasib baik boss sekolah memandu itu, yang merupakan seorang India, seorang yang rasional. Dia lalu tukarkan jurulatih yang baru untuk saya. Kali ini seorang lelaki berbangsa India yang dah agak berumur. Saya kagum lelaki India ini, dia ajar dengan mudah dan berikan semua petua untuk mudah lulus.

Dia kat ingat apa yang perlu saja untuk lulus dan tak payah risaukan perkara lain. Diberikan kesemua perkara yang perlu itu dan disuruh saya ulang latih sampai sempurna dan tidak lama kemudian saya di bawa untuk ujian memandu.

Wanita tak lulus ujian lesen memandu sebab terlalu gabra

Ketika menunggu ujian parking, saya lihat ada seorang wanita India yang nampak putih kerana pucat. Dia kelihatan amat gugup. Untuk buat parking diambil masa terlalu lama, tapi JPJ tak boleh buat apa-apa kerana tiada had masa ditetapkan untuk parking kereta.

Berpeluh-peluh dia cuba memasukkan keretanya dalam petak letak kereta dengan sempurna tapi masih belum langgar tiang, dia masuk dan keluar semula supaya parking jadi sempurna. Sekali, JPJ mengarahkannya untuk keluar dari petak parking semula sempurnakan lagi posisi kereta. Oleh kerana terlalu gementar, dia buka pintu dan keluar dari kereta.

GAGAL!, 'saya suruh keluar dan betulkan semula parking tu, kenapa kamu keluar dari kereta?. Saya suspens tengok kejadian itu. Garangnya pegawai JPJ.

Sepanjang melalui ujian samada ujian parking, naik bukit atau ujian jalanraya, JPJ seolah-olah seorang manusia yang bisu. Mereka tak cakap sepatah harampun. Ini membuatkan perasaan gementar bertambah. Bila mereka nampak sombong sangat, saya akhirnya jadi meluat dan bawa kereta selamba macam dah pandai.

Mermang akhirnya ternyata JPJ memberikan pengiktirafan bahawa saya memang dah pandai bawa kereta. Saya lulus dengan jayanya kesemua ujian dan kini layak menjadi seorang drebar. Saat itu dirasakan sebagai antara saat-saat paling hebat dalam hidup saya. Saya jadi antara yang terawal punyai lesen memandu kereta. Saya dah berjaya keluar dari sumpahan keluarga yang tak punya kereta. Saya makin yakin satu masa nanti saya mampu miliki kereta.

Bagaimana lulus ujian lesen memandu dengan sekali ambil

Jika anda masih belum ada lesen memandu, saya syorkan anda segera ambil. kalau masih tak ada duit, himpunlah duit tu. Ambilah lesen memandu dan rasai nikmat keseronokan mempunyai lesen memandu dan berupaya bawa kereta.

Jangan buang masa untuk ambil pakej pasti lulus dengan bayar lebih. Anda hayan perlu tahu bagaimana cara paling mudah untuk lulus ujian lesen memandu dan lakukannya. Insyaallah pasti mudah lulus hanya dengan sekali ambil. Semua itu adalah dalam panduan Jom Belajar Memandu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1541