Dah masuk tahun 2014. Bertambah lagi setahun umur kita. Mendekatkan lagi kemuncak akhir zaman. Mendekatkan lagi kepada kubur. Menghampirkan lagi diri kita dengan dugaan fitnah akhir zaman. Ini semua membuatkan saya terfikir bagaimana nak selamatkan diri daripada fitnah akhir zaman.
Apakah fitnah akhir zaman
Dikatakan sebagai fitnah akhir zaman kerana terlalu banyak dugaan untuk mengheret kita ke lembah kesesatan. Banyak sangat dugaan yang boleh menendang kita jatuh masuk ke jurang yang dalam.
Ada banyak hadith berkenaan akhir zaman yang menggambarkan berbagai cubaan dan masalah menimpa manusia ketika ini. Ya! kita sedang berada di akhir zaman. Ada terlalu ramai orang jahat berbanding yang baik.
Ramai orang yang kuat beribadah tetapi jahil (apakah termasuk diri ini...?), sedangkan ramai pula para ulama di serata pelusuk negara dan dunia tetapi malangnya Fasiq!
Kita sekarang bermewah-mewah dan mendapat kesenangan yang hebat. Pakaian pagi lain pakaian petang pula lain. makan berhidang-hidang minuman berbagai rasa. Rumah berhias cantik bertingkat-tingkat berbagai rekabentuk...Nabi pesan umat seperti itu sedang teruk sebenarnya, berbanding umat yang susah dahulu.
Jika anda nak baca 40 hadith berkenaan akhir zaman, boleh baca di sini. Bacalah dan jangan tak baca. Mungkin dapat melembutkan sedikit hati yang dah jadi keras ini.
Petua selamatkan diri daripada fitnah akhir zaman dengan baca surah A-Kahfi
Menarik untuk kita ketahui bahawa Nabi berpesan kalau nak selamatkan diri daripada fitnah Dajjal di akhir zaman bacalah surah al-Kahfi.
Ini bererti Surah tersebut ada rahsia yang dapat membantu kita selamatkan diri dari fitnah akhir zaman. Juga dapat selamatkan diri kita daripada fitnah Dajjal.
Oleh itu bacalah. jangan baca tapi tak faham. Carilah tafsirannya satu persatu-satu. lihat apa kata ulama berkenaan surah tersebut. Cuba dengar apa kata Sheikh Imran Hosein berkenaan surah tersebut.
Beliau dah berpuluh tahun mengkaji tentang Dajjl dan fitnah akhir zaman ini. Cuba buka dan tonton video yang saya sertakan di bawah ini:
Apa yang saya nak buat untuk selamatkan diri dari fitnah akhir zaman:
- Jangan tunjuk kekayaan anda jika anda ada banyak harta sekalipun. Samada anda sedekahkan pada yang memerlukan dan simpan ala kadar untuk anak cucu. Jika anda tunjukkan kejayaan dan kekayaan, maka akan datang fitnah pada anda. Mereka akan cuba yakinkan anda ambil rasuah dan ambil projek, berikan pangkat asalkan anda sokong kebatilan dan sebagainya.
- Tak ada orang yang boleh dipercayai. Berhati-hatilah dengan sesiapa saja anda berkawan dan taruh kepercayaan. Jika mereka tidak berniat nak kencing andapun mungkin desakan serta fitnah alain akan mengasak untuk mereka melakukannya juga.
- Selamatkan anak anda daripada fitnah. jangan biarkan mereka membesar dalam keadaan sesat dan akhirnya akan merosakkan anda sendiri di hari tua nanti.
- Jangan buka dan dedahkan diri anda keterlaluan. Duduklah dalam gua. Ertinya jangan ghairah masuk semua FB, Twitter dan sebagainya dan update apa saja aktiviti anda hatta sedang berak dan mengurutpun anda siarkan satu dunia...!
Itulah sedikit coretan tentang fitnah akhir zaman. Bagaimana sikap anda nak selamatkan diri dari fitnah akhir zaman...? sila kongsikan di ruang komen.