Quantcast
Channel: Jas-du-it
Viewing all 1538 articles
Browse latest View live

Dapatkan diskaun kod ini kalau shopping kat Zalora

$
0
0
diskaun kod untuk zalora
Anda pernah tak beli barang atau shopping kat Zalora?. Atau masih tak pernah lagi dengar perkataan Zalora tu.

Kalau masih tak tahu apakah Zalora, saya nak beri tahu sekarang.

Zalora tu adalah sebuah pasaraya gedung membeli belah yang cukup besar.

Anda boleh beli barang keperluan untuk kaum Wanita dan boleh juga membeli barang keperluan kaum Lelaki.

Ada pakaian lelaki dan wanita. Semua jenama kesukaan yang anda berminat nak beli ada kat sana. Jenama seperti Adidas atau Bata, Levi's atau Polo Club...banyak lagi yang ada.

Bila sebuah jenama terkenal biasanya kita kaitkan dengan kualiti. Jadi Zalora ini menjual semua barangan berkualiti untuk anda yang suka beli belah.

Selain dari pakain untuk lelaki dan wanita, ada juga beg, peralatan solek atau alat kosmetik, segala aksesori dan macam-macam lagi.

Jika anda seorang muslimah elegan yang sukakan fesyen menarik untuk dipamerkan pada suami tercinta tak kira ketika berada di ruang tamu maupun di kamar tidur, Zalora juga menyediakan berbagai pilihan untuk anda.

Pakaian busana muslimah yang bersopan santun anggun dan menawan juga boleh dibel;i dari Zalora ini.

Dapatkan diskaun kod ini kalau nak shopping kat Zalora

Saya belum beri tahu lagi bahawa Zalora ini tak ada kat bangsar atau One Utama atau Soho mana-mana tapak perniagaan. Dia adalah sebuah gedung membeli belah online.

Kod diskaun shopping kat ZaloraAnda tak perlu keluar rumah untuk shopping semua keperluan yang saya terangkan di atas tadi. Anda tak perlu memandu dan cari tempat letak kereta dan berjalan kaki dengan kasut tumit tinggi anda itu.

Apa yang anda perlu lakukan hanya buka komputer, sambung ke talian internet dan shopping barang yang nak dibeli di Zalora.

Sabar...habiskan dulu artikel ini kalau nak shopping pun. Ada boleh dapatkan diskaun jika beli di Zalora atas kod yang saya berikan ini:

  • Jika anda beli barang dengan jumlah melebihi RM200, gunakan kod diskaun ini untuk dapatkan potongan harga 15%: AJAN15MY
  • Jika anda shopping melebihi RM250 pula, sila gunakan kos diskaun ini untuk dapatkan potongan harga 20%: AJAN20MY
Ok sekarang boleh mula pergi shopping dengan masuk ke >>>
Jan Voucher Code: Use Code AJAN15MY - 15% Off RM 200 Min Spend. AJAN20MY - 20% Off RM 250 Min Spend

Klik pada pautan tadi dan gunakan diskaun kod yang saya berikan. Ingat! jangan lupa gunakan diskaun kod ini kalau shopping kat Zalora.

Cara mudah belajar Bahasa Inggeris

$
0
0
bagaimana nak belajar bahasa inggeris dengan mudah
Ramai yang tak berapa pandai Bahasa Inggeris tetapi ada keinginan untuk menguasainya. Mereka mahukan satu cara mudah untuk belajar Bahasa Inggeris.
Masalahnya adalah samada wujudnya cara mudah untuk belajar Bahasa Inggeris.
Ada juga antara kawan-kawan yang saya kenal tak dapat tangkap makna Bahasa Inggeris yang mudah. Mereka gagal walaupun untuk memahami arahan asas yang dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Bila sampai ke tahap itu, tahap yang cukup tegar untuk menangkap apa saja arahan Bahasa Inggeris, maka bagaimana nak belajar Bahasa Inggeris.

Ditambah pula dengan umur yang dah lanjut dan sudah bertahun-tahun meninggalkan dunia pelajar, menambahkan lagi kesukaran untuk belajar Bahasa Inggeris.

Cara mudah belajar Bahasa Inggeris yang saya amalkan dulu

Ketika remaja dulu, saya cukup sedih dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Tahapnya adalah tahap gaban yang amat memalukan.

Bercakap Bahasa Inggeris membuatkan saya rasa sama lemas dengan tenggelam dalam kolam mandi. Serba salah kerana bila orang bercakap Bahasa Inggeris, saya akan tak faham lebih 70 peratus daripada keseluruhan perkataan yang mereka gunakan.

Bila membaca apa saja artikel dalam Bahasa Inggeris, saya rasa seperti membaca akhbar Nan Yang Siang Pau atau Akhbar Berbahasa Tamil. Bezanya hanyalah saya boleh sebut perkataan dalam bunyi Melayu kerana tahu menggunakan abjad Rumi. Tapi hancur satupun tak paham.

Sama juga bila membaca, lebih dari 70% perkataannya saya tak reti langsung.

Dari situ saya kenal pasti bahawa masalah saya adalah miskin Vocabulary. Miskin perkataan yang saya tahu maknanya.

Saya dapat tahu, untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi dalam apa-apa Bahasa, dia mesti menguasai atau tahu sekurang-kurangnya 10 ribu perkataan di dalam Bahasa Tersebut. Itu dapat membuatkan kita lancar bercakap dalam Bahasa asing itu.

Untuk itu saya ambil satu cara mudah belajar Bahasa Inggeris dengan buat perkara berikut:


#1. Sediakan perkara-perkara berikut:

  1. Akhbar berbahasa Inggeris yang menggunakan perkataan dan ayat mudah
  2. Saya pilih Akhbar The Star. Kawan beritahu bahawa akhbar itu lebih mudah nak faham berbanding akhbar seperti NST.
  3. Kamus Dwi Bahasa yang lengkap. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  4. Sebuah buku nota kecil
  5. Sebatang pen atau pensil
    #2. Amalan yang perlu dilakukan:
    1. Baca satu atau dua artikel yang berupa berita pendek. baca satu artikel setiap hari.
    2. Habiskan masa dalam lingkungan 30 atau 45 minit saja untuk baca keseluruhan artikel tersebut.
    3. Bila jumpa satu perkataan yang saya tak faham maknanya, yang sama diulang dua kali dalam artikel itu, saya akan gariskan dengan pensil.
    4. Sebaik saja saya jumpa perkataan yang sama itu kali ketiganya, saya akan hentikan bacaan dan mencari maknanya.
    5. Saya buka kamus dan fahami ertinya beserta dengan penjelasan dan contoh dari kamus itu.
    6. Bila saya faham, saya akan buka buku nota kecil dan catitkan perkataan itu beserta dengan maknanya sekali dan contoh ayat yang saya faham.
    7. Selepas itu saya sambung baca semula artikel itu dan biasanya akan jumpa lagi perkataan yang sama tadi. Cuma bezanya, kali ini saya dah faham apa maknanya.
    8. Saya akan senaraikan sebanyak 10 perkataan baru dalam buku nota kecil saya itu. Bila ada satu perkataan yang dah masuk dalam kepala tanpa perlu dirujuk semula, saya akan padamkan untuk digantikan dengan perkataan baru.
    9. Saya biarkan hanya ada sepuluh perkataan sahaja dalam setiap masa berada di dalam senarai.
    10. Begitulah saya ulang dan ulang selama setahun tahun.

      Hasil dari cara mudah belajar Bahasa Inggeris di atas

      Anda teka apa hasilnya apabila saya amalkan cara terseburt di atas selama setahun?. Ya!, saya mula faham banyak perkataan dan membaca aklhbar The Star mula menjadi mudah.

      Ini kerana saya pastikan kesemua perkataan yang saya tak tahu merupakan perkataan yang paling kerap diulang dalam sesebuah penulisan. Tentu tak ada masalah untuk saya menghafal dan memahaminya.

      Dari situlah saya mula faham Bahasa Inggeris dan boleh bercakap walaupun tatabahasa, nahu atau sebutannya tak berapa betul. Itu boleh dilakukan kemudian bila kita dah kenal banyak perkataan.

      Mempelajari nahu atau tatabahasa menjadi lebih mudah bila kita kenal banyak perkataan Bahasa Inggeris.

      Cara mudah belajar Bahasa Inggeris tambahan

      Satu lagi masalah nak belajar Bahasa Inggeris adalah buku yang mengajar Bahasa Inggeris kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris juga.

      Bila dah mangkaq bahasa itu, bagaimana nak gunakan. Lebih-lebih lagi jika nak belajar sendirian.

      Jangan risau!

      Jika itu menjadi masalah anda, saya tawarkan satu buku yang mempersembahkan cara mudah belajar Bahasa Inggeris. Anda boleh dapatkan buku ini:
      Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

      Mudah kerana ia disampaikan dalam Bahasa Malaysia. Bahasa yang anda semua tentu pakar dan sudah gunakan setiap masa samada secara sedar atau ketika dalam mimpi.

      Bila sesuatu Bahasa itu kita gunakan ketika dalam mimpi, maknanya kita sudah dapat kuasai bahasa tersebut. Itulah tanda ukur untuk tahu samada kita dah pandai atau tidak.

      Jika anda berminat nak miliki buku cara mudah belajar Bahasa Inggeris, dapatkan segera buku ini>>>
      Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

      Kisah kemalangan Michael Schumacher

      $
      0
      0
      Michael Schumacher main ski
      Antara carian paling banyak menyerbu masuk ke dalam enjin carian Google sejak seminggu lepas adalah carian berkenaan kisah kemalangan Michael Schumacher, pelumba kereta Formula 1 paling hebat yang pernah wujud setakat ini.

      Michael Schumacher merupakan pelumba yang telah memenangi sebanyak 91 perlumbaan. Dia juga pernah merangkul kejuaraan sebanyak 5 kali berturut-turut ketika berada menggengam streering Kereta Lumba Ferrari Formula 1.

      Michael Schumacher akhirnya bersara daripada perlumbaan Formula 1 pada tahun 2006 dan meninggalkan satu sejarah sebagai seorang pelumba paling hebat yang pernah dilahirkan dalam Formula 1.

      Selepas itu, dia masuk semula menjadi pelumba di bawah kereta lumba Formula 1 Mercedes selama 3 tahun yang berakhir tahun lepas. Namun kemunculan semulanya di bawah bendera Mercedes tidak menghasilkan keputusan yang memberansangkan.

      Kemalangan Michael Schumacher

      Jika datang seseorang memberitahu kita berita kemalangan Michael Schumacher secara ringkas sebegitu, saya yakin hampir seratus peratus akan menggambarkan beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta yang serius.

      Sama seperti kisah seorang kawan saya ketika remaja dahulu yang kaki naik motosikal dan suka merempit ke sana-sini dengan berbagai aksi yang mengancam. Bila datang berita memberitahu kawan saya tersebut mati, saya tak perlu tanya lebih lanjut lagi. Dia mati akibat kemalangan motosikal.

      Jadi samalah dengan kes kemalangan Michael Schumacher ini. Saya terus menggambarkan kemalangan kereta bila diberitahu dia sedang koma akibat terlibat dalam satu kemalangan.

      Kemudiannya, bila diberitahu lebih lanjut yang dia terhentak kepala pada batu akibat tergelincir ketika bermain permainan ski di Grenoble, France. Berita kemalangan disebabkan naik ski dan bukannya sebab lumba kereta agak mengejutkan sedikit. Tak sangka pulak jadi begitu!.

      Kuatnya hentakan pada batu ketika kemalangan itu membuatkan helmet keselamatan Michael Schumacher terbelah dua. Bayangkan jika dia tidak memakai helmet keselamatan!.

      Ketika berada di France dulu, kemasukan semula para pelajar ke universiti setelah bercuti pendek ketika musim sejuk biasanya akan menyaksikan kepulangan beberapa pelajar yang kaki mereka dibalut oleh simen. Biasanya kaki mereka patah akibat terjatuh bermain ski laju. Memang impak kelajuan bermain ski atas bukit itu amat tinggi.

      Siasatan mengenal pasti punca kemalangan Michael Schumacher

      Agak menarik juga apabila laporan menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang membuat siasatan bagi mencari punca kemalangan Michael Schumacher.

      Mereka kini sedang menganalisa helmet keselamatan yang dipakai oleh Michael Schumacher. Berita melaporkan bahawa ada kamera di pasang pada helmet yang dipakainya. jika kamera itu berfungsi ketika kemalangan, maka puncanya akan dapat dikesan.

      Kenapa perlu ada penyiasatan terhadap kemalangan Michael Schumacher

      Salah satu sebab utama adalah berita kemalangan itu menjadi berita sensasi satu dunia hasil daripada populariti Michael Schumacher.

      Mungkin juga ia menjadi lebih sensasi apabila ia merupakan berita Michael Schumacher kemalangan bermain ski dan bukannya ketika bawa kereta sport.

      Bila jadi begitu, yang menjadi masalah sekarang adalah pengendali pusat peranginan serta permainan ski atas bukit atau pergunungan Alps tersebut. Mereka menjadi tumpuan dan akan ada label sebagai lokasi tidak selamat pada pusat permainan itu!. Sebab itu mereka kelam kabut.

      Kenapa pula saya tulis tentang kemalangan Michael Schumacher

      Ya! kenapa pula saya sibuk nak tulis pasal pemandu Formula one itu. Tidak ada apa-apa alasan melainkan sama seperti orang lain juga.

      Berita ini membuatkan orang yang nak tahu berkenaan Michael Schumacher akan menaip perkataan kemalangan Michael Schumacher di carian google.

      Mereka nak tahu ceritanya dan mendapatkan sedikit maklumat tentang apa yang sedang berlaku. Jika bernasib baik akan masuklah ke blog ini dan dapatlah saya berikan khidmat untuk melangsaikan rasa ingin tahu mereka.

      Apa yang boleh kita belajar dari kemalangan Michael Schumacher

      Jika anda menjalankan kehidupan dengan pedang, biasanya akan mati juga dengan pedang. Jika anda cari makan dengan kelajuan, biasanya akan mati juga dengan kelajuan...biasanya sahaja dan tak semstinya begitu. Tapi Michael Schumacher hanya koma...belum lagi titik. sumbergambar

      Kedai Cina potong seat motor di Pulau Pinang

      $
      0
      0
      Baru-baru ini saya pergi ke sebuah kedai Cina potong seat motor di Pulau Pinang

      Kalau anda kaki motor, tentu pernah cari kedai untuk potong seat motor. Kalau di Pulau Pinang, kebiasaannya perniagaan ini dilakukan oleh orang Cina.

      Saya bukanlah seorang kaki motor. Tapi kebetulan hampir kesemua kawan-kawan di Pulau Pinang sudah berminat untuk jadi kaki motor.

      Kalau zaman muda remaja dulu, hanya ada impian untuk jadi kaki motor besar, bila dah besar dan ada duit sikit, tentu impian itu akan diterjemahkan juga menjadi kenyataan. Maka ramailah kawan-kawan yang masuk umur separa tua mula beli motor beramai-ramai.

      Bila dah tua jadi kaki motor, bab nak ubah suai motor terutamanya nak potong seat motor jadi perkara mudah. Pertamanya kerana dah ada duit tidak seperti zaman remaja rempit dulu.

      Keduanya sebab masa remaja zaman merempit dulu dah tahu semua lorong di mana ada bengkel atau kedai ubah suai motor yang murah tetapi pakar. Seperti kedai Cina yang saya kunjungi baru-baru ini di Pulau Pinang.

      Kedai Cina potong seat tercorot dalam kampung

      Kalau tidak dibawa masuk oleh kawan-kawan tempoh hari, tobat saya tak akan jumpa kedai cina potong seat tersebut. Malah tak akan tahupun kewujudannya.

      Kedai itu tercorot terperosok jauh dalam Kampung. Masuk lorong kecil bersimpang siur di sebuah perkampungan Cina yang terletak di dalam bandaraya. Ya! pelik kan, sebuah perkampungan Cina yang berada di dalam pusat bandaraya!.

      Daripada kawan yang pakar di kawasan tersebut, dia menceritakan keadaan kampung itu yang asalnya merupakan penempatan segala samseng jalanan serta kumpulan kongsi gelap. Satu ketika dulu pergaduhan, pukul memukul dan bunuh membunuh adalah perkara biasa berlaku di kawasan perkampungan itu.

      Mereka semua bukannya senang. Ramai yang susah dan mengalami kesukaran dalam hidup mereka. Miskin walaupun terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

      Yang kaya hanyalah ketua-ketua kongsi gelap. Malah ketua lebih tinggi yang merupakan boss kepada semua ketua-ketua kongsi gelap biasanya orang bertamadun yang disegani, merekalah yang menjadi bapak segala kekayaan dan segala kegiatan haram.

      Macai-macai di bawah hidupnya sukar. Merekakurus kering kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Bila tua, hidupnya melarat. Jalan bertongkat dan tak ada yang menaruh simpati.

      Jika ada yang berjiwa keusahawanan dan tidak sanggup cari duit dengan jadi kaki pukul dan ambil duit orang untuk dihabiskan di meja judi, mereka akan berniaga kecil-kecilan. Cukup untuk menyara hidup serta makan minum keluarga.

      Itulah agaknya yang dilakukan oleh ayah kepada Taukeh Kedai Cina Potong Seat motor yang saya lawat baru-baru ini. Kedai itudah wujud sebanyak dua generasi nampaknya. Dari ayahnya dulu dan sekaranh disambung oleh anaknya pula.

      Hasil istiqamah ayahnya, walaupun kedai jauh terselit di dalam kampung Cina, dia masih mampu cari makan. Ramai kaki motor dapat menghidu bau kedai yang boleh ubah suai seat motor mereka dengan murah dan berkualiti.

      Ketika sampai di kedai tersebut baru-baru ini, kelihatan dua orang lelaki Indonesia sedang membaiki Helmet mereka. Mereka juga nampaknya boleh menghidu kedai itu walau merupakan warga Indon. Nampaknya pemasaran mulut ke mulut kedai cina potong seat motor itu cukup berkesan sekali.

      Ulat dalam batu boleh hidup, kedai cina potong seat motor dalam kampung juga tentu boleh hidup

      Walaupun kagus dan hairan dengan kejayaan Cina itu menyara kehidupannya. Bila difikirkan semula memang itulah kehidupan. Semua makhluk ada rezki yang sudah tertulis padanya. Tak perlu risau.

      Sedangkan ulat yang duduk dalam batu itu ada juga rezki mereka, kenapa kita manusia yang duduk atas muka bumi ini takut kalau tak ada rezki. Asalkan kita jangan berputus asa dan buat apa yang patut, pasti dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

      Oleh itu jangan takut, berusahalah. Jangan takut orang cantas rezki kita. jangan takut orang rampas kuasa kita. jangan takut orang rampas negeri kita. Keyakinan mesti kuat.

      Yang paling penting sekali jangan sebarkan kebencian sesama kita dengan perkara yang tidak benar. kita bukannya nak berperang dan saling bunuh membunuh. Tak ada orang halang kita melakukan usaha dakwah yang membolehkan kita angkat senjata untuk berperang.

      Yang pentingnya kita perlu buat kerja. Jika nak cari duit, perlulah pergi berniaga sendiri dan berusaha sampai berjaya. Bukannya pergi menghalang orang lain dari menjalankan perniagaan sedangkan kita tak berniaga.

      Eh! apa melalut ke situ pulak....dah lari cerita cina potong seat motor nampaknya. Layanlah beberapa keping gambar kedai cina potong seat motor di Pulau Pinang yang saya rakamkan.

      Pelik!, macam mana orang boleh beli barang online

      $
      0
      0
      beli barang online dari Lazada
      Beli periuk atau pressure cooker atau apa saja barang online? pelik jugak kan? betul ke? boleh percaya ke?

      Tak pernah terlintas dalam kepala akan datangnya satu zaman di mana manusia akan beli barang online dalam keadaan dia duduk depan meja makan di rumahnya.

      Manusia pada zaman itu akan bangun pagi lalu terus dapatkan telefon pintarnya dan mula menekan untuk membuat pesanan sepinggan sarapan yang lazat dari restoran online A.

      Beli barang online dari rumah, kerja juga online dari rumah

      Selepas itu dia pergi masuk bilik air dan mula gosok gigi dan mandi. Bila selesai bersiap, ting! tong! ada orang datang menghantar sarapan ke rumahnya. Lalu dia bersarapan sambil menonton TV untuk melihat perkembangan terbaru dunia.

      Selesai sarapan, dia bangun dan masuk ke bilik kerjanya di rumah. Dibukanya laptop dan mula meyemak apa kerja kosong yang sesuai untuk diambil buat hari esok. Kerja yang dia sedang siapkan akan habis hari ini dan dia akan mendapat bayaran sebaik saja kerja itu selesai.

      Semua kerja-kerja kosong yang boleh dilakukan dari rumah yang dia dapat itu kesemuanya hasil daripada portal Jobdirumah. Dia mendaftar sebagai salah seorang pencari kerja di portal Jobdirumah.

      Dari mula bangun tidur, bersarapan, kemudiannya mula cari dan buat kerja dan kemudiannya mendapat bayaran, semuanya hanya dilakukan dari rumah.

      Semua itu tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Ketika bersekolah menengah tahun 80-an dahulu tak pernah terlintas ada peluang sebegitu. Kerja adalah sinonim dengan keluar dari rumah. Tak keluar dari rumah ertinya tak bekerja...itulah yang biasa berlaku zaman itu.

      Beli semua barang online, beli periuk juga online

      Itulah yang sedang berlaku di zaman ini. makin ramai manusia hanya duduk di rumah. Dia bekerja dari rumah. Dia juga beli barang online. malah dia beli periuk besar pun secara online. Dia juga beli stokin, kasut, baju, seluar dalam dan lain-lain secara online.

      Hanya duduk di rumah dan tunggu barang tiba depan pintu. Bila nak shopping barang dapur pun dia boleh beli dari Tesco. Order semuanya dan beli barang online. semua barangnya akan datang depan pintu. Semuanya tak payah keluar rumah.

      Bila ada masalah rumah tangga, dia google perkataan 'rahsia rumah tangga bahagia'. Keluar tawaran ebook Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!. Dia tekan dan beli, juga secara online. Dapat buku dan mula baca...juga online. Baca dan amalkan..selesai masalah percintaannya.

      Bila dia sering mimpi pelik-pelik dan timbul banyak tanda tanya tentang mimpi, sekali lagi dia tekan google. rahsia mimpi, mengenali mimpi...lalu keluar tawaran ebbok, Kuasai Mimpi - Mimpi Bukan Lagi Mainan!

      Senarai paling top orang beli barang online di Indonesia

      Pasaran Indonesia berganda-ganda tingginya berbanding negara kita. Bila orang Indonesia mula beli barang secara online, sudah tentu ia satu perkembangan menarik juga untuk para usahawan di negara kita.

      Mari kita lihat senarai barang paling top yang di beli di sana bagi bulan Januari 2014 ini:

      1. Shake 'n Take Couple Smoothie Blender 
      2. Acer Iconia B1-A71 - 16 GB 
      3. Samsung Galaxy Grand i9082 - 8 GB 
      4. I-one Sunglasses Camera 
      5. Bcare Power Bank MP 77 6200mAh Dual Output 
      6. Motorola Defy XT535 - 1 GB 
      7. Wahl HomePro Basic Hair Clipper
      8. I-one BPR 6 Mini DV Pen Camera 
      9. Bcare Power Bank MP80 New 3000 mAh 
      10. Mini DV Kamera - Maks. 5 MP
      Lazada beli barang online
      Itulah kelebihan hidup di zaman serba moden sekarang. Asalkan ada duit, semua boleh dapat hanya dengan duduk di rumah.

      Sekarang kita dah alami pengalaman boleh beli barang online hanya dengan duduk di rumah. Dalam masa 10 tahun lagi apa pulak agaknya yang akan berlaku...? apa pendapat anda?

      Pengalaman jogging waktu malam

      $
      0
      0
      boleh bersenam waktu malam
      Tak pernah selama ini saya jogging waktu malam. Biasanya waktu jogging yang biasa orang lakukan adalah samada di waktu petang ataupun di waktu pagi.

      Jika diberikan pilihan untuk memilih waktu jogging samada di waktu malam, petang atau pagi, sudah tentu waktu pagi merupakan pilihan terbaik.

      Saya pernah menulis satu artikel kenapa jogging atau bersenam paling elok jika dilakukan pada waktu pagi. Klik di sini kalau nak tahu kenapa ia baik untuk anda.

      Kenapa jogging waktu malam

      Walau apapun, perkara paling utama untuk mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan memasukkan agenda bersenam dalam rutin amalan kehidupan harian kita. Selepas itu berjaya dilakukan barulah dilihat waktu mana yang paling sesuai. Itupun jika ada pilihan.

      Kebiasaannya saya sempat lakukan jogging waktu pagi. Tetapi sejak masuknya tahun baru 2014 ini, jadual yang telah disusun untuk mencapai matlamat tahun 2014 ini memaksa saya keluar rumah seawal 7 pagi.

      Balik ke rumah pula biasanya lewat dan tidak sempat untuk bersenam atau jogging di waktu petang. Kalau balik awal pula hujan yang kerap turun di kala petang membuatkan aktiviti jogging tidak dapat dilakukan.

      Bila dah lebih dua hari tak jogging, saya mula rasa tak sedap. jika berterusan begini, alamat urat malas mula timbul di badan. Bila malas atau 'baloq', naik bermarajalela rutin bersenam akan padam dari senarai keutamaan jadual kehidupan.

      Desakan untuk tidak memadamkan rutin itulah membuatkan saya pakai pakaian bersenam, pakai kasut dan terus keluar rumah ke padang di taman selepas balik daru surau menunaikan solat Insya. Itulah sebabnya kenapa saya jogging waktu malam.

      Alasan untuk meneruskan jogging waktu malam

      Memang ada bermacam-macam perasaan timbul dalam pemikiran. Bukannya perasaan sebenarnya, ia lebih merupakan perasan. Hanya kita saja yang memikirkannya sedangkan orang lain tak ada masa nak fikirkan tentang kita.

      Memang betul kata Napolean Hill dalam buku terkenalnya, "Think and Grow Rich". Salah satu perkara yang membuatkan orang tak maju ke depan adalah 'rasa takut apa orang kata'.

      Boleh dikatakan majoriti sebab kita tidak melakukan apa yang teringin kita laksanakan adalah apabila terfikirkan 'apa orang akan kata nanti'.

      Perasaan takut dikritik sering menghantui manusia normal. Ia memadamkan segala impian kita. Ia juga membuatkan kita hidup berdasarkan apa yang orang mahu kita buat. Hidup berdasarkan takrifan yang dibuat oleh orang lain dan bukan berdasarkan pemahaman dan kehendak diri kita sendiri.

      Bila semua itu bermain di kepala, maka saya lihat ia menjadi satu peluang untuk melatih diri menjadi degil. Biarlah apa orang nak kata, ia sedikitpun tidak menghilangkan ilmu dan harta yang saya miliki. Jadi saya dengan bersemangat teruskan aktiviti jogging waktu malam, sekeliling taman sekitar pukul 9 malam.

      Apa yang difikirkan ketika jogging waktu malam

      Bila diri dipaksa melakukan apa yang otak tak mahu, akhirnya otak mengalah dan mula menyuntik rasional bagi melegakan amalan yang sedang dilakukan.

      Sepanjang saya berjogging, mula teringat betapa ramainya orang yang keluar ke bilik gym berbayar setiap malam. Mereka akan bawa kelengkapan pakaian dan masuk ke gymnisium untuk angkat besi atau lari atas peralatan sukan yang disediakan oleh pihak gym. Bukankah dari segi waktunya sama saja.

      Saya juga teringat kadang kala pasangan auntie dan apeq sering berdua-duan berjalan sekeliling taman di waktu malam yang segar. Mereka berjalan beriringan sambil berbincang atau berbual mesra. Itu juga merupakan salah satu aktiviti bersenam yang dijalankan oleh orang Cina di waktu malam.

      Saya juga teringat sekumpulan lelaki India yang sering berkumpul di tepi padang atas kerusi sambil mabuk minum todi. Mereka biasanya akan melepak di situ sampai lewat tengah malam.

      Akhirnya say temui banyak alasan bahawa apa yang dilakukan, jogging di waktu malam adalah amalan yang boleh dilakukan tanpa rasa bersalah sedikitpun. Jadi kenapa nak malu?
      "Jika anda gemuk dan nak kuruskan badan menjadi sasa, boleh cuba dapatkan Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!"

      Jogging waktu malam kalau tak sempat waktu lain

      Ramai yang berikan alasan tak ada masa untuk bersenam. Mereka akui kepentingan bersenam tapi kesibukan membuat mereka tak ada masa untuk itu.

      Mungkin ada yang beranggapan bahawa kalau nak bersenam mesti dibuat samada pada waktu pagi atau waktu petang. Sebenarnya itu anggapan yang salah dan perlu dibetulkan.

      Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah pastikan kita melangkah lebih daripada 7 ribu langkah dalam masa satu hari. Itu merupakan jumlah minimum untuk mengekalkan tahap kecergasan badan.

      Oleh itu, kalau tak ada masa siang, jogging waktu malam boleh dijadikan pilihan. Kita sekadar berusaha, sihat atau tidak mati awal atau lambat, kita serahkan pada Tuhan. sumber gambar

      Buku english itu mudah yang sangat laris terjual

      $
      0
      0
      belajar bahasa inggeris mudah

      Dalam artikel yang sebelum ini saya ada kongsikan bagaimana cara nak belajar bahasa inggeris cara mudah. Boleh baca artikelnya di sini. Sambil itu saya ada syorkan buku english itu mudah untuk pembaca yang berminat nak belajar bahasa inggeris dalam bahasa malaysia.
      "Boleh dapatkan buku itu dengan klik link yang saya berikan di sini: Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia"
      Bukan senang nak dapatkan sebuah buku yang mengajar grammar bahasa inggeris, tetapi disampaikan dalam bahasa malaysia. Biasanya apa saja buku berkenaan bahasa inggeris akan dibuat, juga dalam bahasa inggeris.

      Mungkin mereka bermaksud baik. Kalau nak belajar bahasa inggeris, perlulah kesemuanya dilakukan dalam bahasa inggeris. Lagipun, bukankah semua pelajar kita telah didedahkan kepada pelajaran bahasa inggeris sejak darjah satu lagi?

      Takkan bila dah naik darjah enam, masuk sekolah menengah, masuk universiti dan kemudiannya masuk dalam kumpulan pekerja, masih lagi tak mampu berbahasa inggeris?

      Malangnya, memang ramai orang kita, orang Melayu teramat lemah dalam bahasa inggeris. Walaupun sejak dari darjah satu sampai tingkatan enam, sepanjang tahun kita akan diajar subjek bahasa inggeris, usaha itu nampaknya gagal teruk untuk membolehkan anak bangsa kita berbahasa inggeris.

      Buku english itu mudah dalam bahasa Malaysia

      Bila saya lihat ada buku english itu mudah yang dibuat dalam bahasa malaysia, saya terus mempromosikannya. Ini kerana saya percaya itu mampu membantu mereka yang masih lemah bahasa inggeris tahap gaban.

      Kenapa saya kata begitu?

      Ini berdasarkan pengalaman ketika saya belajar bahasa perancis dulu. Bayangkan selama hidup tidak pernah didedahkan dalam bahasa perancis, tiba-tiba terpaksa belajar bahasa tersebut!.

      Betapa teruknya pengetahuan saya terhadap bahasa perancis adalah sehingga ke tahap jika ada orang sedang berkomunikasi dalam bahasa perancis di depan saya, saya tidak akan tahu mereka bercakap atau bertutur dalam bahasa apa!. Itu memang satu tahap teruk paling gaban pernah ada dalam ilmu bahasa.

      Ketika belajar bajasa perancis dulu, kami didedahkan secara perlahan-lahan terhadap bahsa tersebut dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Kesemua perkataan akan diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris siap dengan cara menyebutnya sekali.

      Setiap kali didedahkan dengan satu perkataan baru, saya akan catitkan maknanya dalam bahasa inggeris, kemudiannya saya akan terjemahkannya pula ke dalam bahasa malaysia. Selepas itu terpaksa pula buat nota kecil dalam bahasa malaysia bagaimana nak sebut perkataan itu.

      Untungnya bahasa perancis ini adalah, anda hanya perlu mengeja dan menyebut segala perkataan yang ditulis dalam bahasa itu dalam sebutan bahasa melayu sahaja. Insyaallah, sebutannya akan betul lebih kurang dengan bahasa perancis.

      contohnya perkataan "Maintenant" yang bermaksud 'sekarang' dalam bahasa malaysia, baca dan eja dan sebut saja dalam bahasa malaysia, pasti orang perancis akan faham. Tak percaya cuba sebut depan mat saleh perancis bila jumpa nanti.

      Diringkaskan cerita, dari cara belajar bertatih-tatih itu bercampur aduk dalam tiga bahasa...akhirnya saya berjaya menguasai bahasa perancis sehingga ke tahap kesemua mimpi saya berjalan dalam bahasa perancis!. Haaa! itu kira dah handal ler tu!

      Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah, jika kita masih ditahap gaban jahil dalam sesuatu bahasa, cara terbaik adalah belajar terlebih dahulu dalam bahasa yang kita kuasai, insyaallah lebih mudah untuk menangkap perkara asas.

      Buku english itu mudah terus laris

      Alhamdulillah, nampaknya ramai yang sedar kepentingan memahami bahasa inggeris sekarang ini. Sebab itu tidak hairan bila buku englihs itu mudah terlalu laku. Ramai sangat orang beli sejak saya promosikan buku tersebut.

      Kalau tidak digunakan untuk berbincang dengan isteri atau jiran kitapun dalam bahasa inggeris, sekurang-kurangnya kita terpaksa juga menggunakannya bila melayari internet.

      Dari internet, keupayaan membaca dan memahami bahasa inggeris dapat meletakkan diri kita ke depan lebih jauh berbanding semua kawan-kawan yang tak dapat memahami bahasa inggeris. Maklumat atau ilmu yang dibuat dalam bahasa malaysia di internet jauh terlalu kecil berbanding bahasa inggeris.

      Samada anda pencinta bahasa dan tidak suka dengan kenyataan saya ini, anda terpaksa telan juga hakikat kebenarannya. Oleh itu, jangan ketinggalan kapal yang sedang belayar laju ini. Cepat dapatkan sebuah Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

      Kenapa orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak

      $
      0
      0
      kelebihan ayah jaga anak

      Ada sebab penting kenapa orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak.

      Jaga anak di sini bukan bermaksud sekadar berikan duit untuk makan minum mereka. Tetapi bermaksud menjaga anak seperti yang dilakukan oleh kaum ibu.

      Selama ini, bab jaga anak-anak akan diserahkan terus kepada kaum ibu sahaja, itupun jika isteri tidak bekerja.
      "Buat lelaki yang nak panduan jaga dan bimbing anak dapatkannya melalui ebook Teknik Mendidik Anak"
      Jika suami isteri, kedua-duanya bekerja maka tugas jaga anak akan diswastakan pula pada tok atau nenek kepada anak kita.

      Ibu bapa sekarang kerap outsource tugasan jaga anak

      Jika tok atau nenek tegas dan berani menyuarakan perkara sebenar bahawa tidak sepatutnya dibebankan kepada mereka tugasan untuk menjaga cucu, maka terpaksalah pula diberikan tugasan menjaga anak-anak kepada pembantu rumah. Sebab itu ramai kanak-kanak bolehg bertutur dengan lancar loghat Indonesia sekarang. Biasanya pembantu rumah adalah Indon.

      Jika tak ada pembantu rumah pula, anak-anak kan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak. Sementara ibubapa pergi bekerja, anak-anak akan dijaga oleh pengedali pusat jagaan kanak-kanak itu dari pagi sampai petang.

      Siibu akan segera balik awal tanpa buat overtime untuk bergegas mengambil anak-anaknya di pusat jagaan. Setiap kali ambil anaknya, dia akan merungut anaknya comot, berbau, berak tidak dibasuh sehingga tahik menjadi kering dan bermacam-macam lagi masalah. Biasalah jadi begitu jika membiarkan anak sendiri di jaga oleh orang lain...secara beramai-ramai pula tu!.

      Orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak kalau nak sihat

      Jika anda seorang yang menilai, kesihatan lebih bagus daripada kekayaan, maka anda perlu bersetuju bahawa orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak.

      Ini kerana data menunjukkan kumpulan orang lelaki yang kerap jaga anak mempunyai jangka ahayat yang lebih panjang. Jangka hayat yang lebih panjang adalah sinonim dengan kesihatan yang lebih baik. rujuk sini

      Maknanya, orang lelaki yang lebih kerap jaga anak, lebih kerap mengasuh anak-anaknya dan lebih kerap bersama dengan anak-anaknya, didapai mempunyai kesihatan yang lebih baik. Lebih kerap maka lebih meningkat tahap kesihatan mereka.
      "Jika anda mahu lebih kerap jaga anak, boleh cuba dapatkan panduan dari ebook
      Kesihatan meningkat, kekayaan sedikit berkurang

      Cuma itulah sahaja masalahnya. Bila orang lelaki kerap terpaksa mengasuh anak-anak, pendapatan mereka akan berkurangan. Keupayaan mereka untuk naik pangkat juga akan menurun apabila tidak dilihat sebagai pekerja yang berdedikasi.

      Orang lelaki yang asyik-asyik bercuti atau sentiasa balik awal untuk menguruskan anak-anaknya dilihat lebih mementingkan keluarga berbanding kerjaya.

      Atau mungkin juga orang lelaki yang lebih kerap jaga anak-anak akan dilihat sebagai dikawal dan dikuasai oleh isteri. Isteri keluar bekerja, komited pada kerjaya sedangkan si suami terpaksa ambil tanggung jawab menguruskan hal ehwal anak-anak.

      panduan ayah mendidik anak

      Jalan terbaik adalah pastikan kedua-dua ibu dan bapa sama-sama kerap jaga anak

      Untuk mengelakkan masalah pertelingkahan. Dan untuk meningkatkan tahap kesihatan kepada kedua-duanya samada ibu atau bapa, perempuan atau lelaki, maka eloklah kedua-duanya seiring jalan bersama jaga anak-anak. Jika dapat buat begitu, maka kedudukan akan lebih seimbang.

      Jika isteri merupakan suri rumah sepenuh masa, pastikan bapa sentiasa ambil peluang balik awal untuk menguruskan anak-anak. kalau boleh pastikan tugasan menghantar anak ke sekolah atau tadika dilakukan oleh bapa.

      Begitu juga tugasan mendodoi bayi perlu dilakukan oleh bapa dengan lebih kerap. jadi balik awal atau pulang ke rumah ketika rehat. Yang pentingnya masa untuk lelaki bersama anak-anak perlu dipanjangkan.

      Bukan saja meningkatkan kesihatan, malah dapat mengeratkan lagi perhubungan antara anak-anak dengan ayahnya.

      Cuma masalahnya tak dapatlah mengumpul harta bertimbun. Tak dapatlah pakai kereta mewah dan lain-lain seumpamanya..kerana akan dilabel sebagai tidak mementingkan kerjaya. Begitulah ceritanya kenapa orang lelaki perlu lebih kerap jaga anak!. sumber gambar

      Pelihara kucing, jual kucing dan jadi jutawan

      $
      0
      0
      Panduan bela kucing comel
      Adakah anda seorang yang suka pelihara kucing di rumah?

      Ramai peminat kucing yang suka menyelamatkan kucing jalanan untuk dibawa pulang. Mereka akan kutip kucing jalanan yang tak mempunyai tuan. Kucing yang dikutip dipulihkan kesihatannya, diberikan makanan yang cukup sehingga ia sihat dan comel semula.

      Sikap suka pada kucing dan tidak sanggup melihat kucing yang terbiar kelaparan itu merupakan satu sikap yang mulia. Orang yang suka menolong apa saja makhluk yang menghadapai kesusahan biasanya mempunyai jiwa penyayang yang disukai ramai.
      "jika anda suka bela kucing dan mahu belajar secara mendalam teknik memeliharanya, dapatkan panduan lengkap dari ebook Kucing Comel"

      Kutip kucing, pelihara kucing dan jual kucing sampai jadi kaya

      Baru-baru ini saya mendengar satu cerita menarik daripada seorang kawan yang bekerja sebagai pemandu teksi.

      Ada sekali dia membawa seorang penumpang dari Kelantan yang peramah. Ketika menumpangkan lelaki itu, mereka berbual dan berkongsikan cerita bisnes.

      Lelaki dari Kelanan itu yang berumur dalam lingkungan pertengahan 50-an merupakan seorang usahawan yang telah mencuba berbagai-bagai jenis perniagaan.

      Walaupun telah berusaha dengan gigih dalam setiap perniagaan yang diceburinya, namun kesemua perniagaan yang dijalankan tidak menghasilkan kejayaan yang setimpal.

      Dia tidak pernah putus asa dan tetap mencuba sampai berjaya. Satu sifat mulia lelaki tersebut adalah tidak sanggup melihat kucing yang terbiar.

      Satu hari dia  menemui seekor anak kucing belang betina yang mempunyai rupa seperti seekor kucing hutan. Kucing itu diambilnya, dipulihkan dan diberikan makanan yang mencukupi sehinggalah besar.

      Pergaulan dengan kucing lain di sekitar penempatannya akhirnya membuatkan kucing yang dibelanya itu bunting. Tidak lama kemudian maka lahirkan beberapa ekor anak kucing yang comel yang mewarisi warna dan rupa ibunya seperti kucing hutan.

      Pelihara kucing dan jual kucing online

      Oleh kerana dia seorang kaki bisnes, maka tergeraklah untuk diniagakan anak-anak kcing yang mempunyai rupa seperti kucing hutan itu.

      Pada mulanya dia mengiklankan secara tidak serius di ruang iklan yang khas untuk perniagaan jual beli kucing yang ada banyak di internet.

      Selang tidak berapa lama, dia mendapat seorang pembeli dari luar negara yang cukup berminat dengan kucing jenis seperti kucing hutan itu. Dan yang paling best adalah harga yang ditawarkan cukup lumayan!.

      Dari situ, dia mula mendapat idea untuk memberikan tumpuan pada bidang peliharan kucing dan jual kucing secara serius. Maka mulalah dia mendapatkan lebih banyak lagi kucing samada secara meminta atau membelinya dari orang atau mengutip kucing jalanan.

      Cuma dia memberikan fokus hanya pada jenis kucing yang mempunyai rupa seperti kucing hutan sahaja. Dia terus mula iklankan kesemua kucing peliharaannya untuk pasaran luar negara.

      Ternyata pelihara kucing dan jual kucing merupakan satu perniagaan yang serasi dengan dirinya. Dia berjaya menjual banyak kucing kepada peminat kucing dari luar negara sehingga jumlah hasil jualannya mencecah RM600 ribu lebih tidak sampai setahun.

      Pelihara kucing dan jual kucing berpotensi tinggi untuk aktiviti perniagaan

      Jika anda seorang peminat kucing yang ada banyak pelihara kucing di rumah, jangan lupa untuk pertimbangkan aktiviti itu sebagai satu idea perniagaan. Apa salahnya mencuba. Manalah tahu kalau-kalau ianya akan membuahkan hasil yang lumayan.
      "Pastikan anda tahu cara mengelak dari serangan kutu kucing jika memeliharanya. Baca tips elak serangan kutu kucing di sini."
      Tak perlu risau jika kucing yang dijual jatuh ke tangan orang yang kejam. Biasanya mereka yang minat pada kucing dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli kucing akan memelihara dan menjaga dengan baik kucing yang telah dibelinya.


      Apakah hukum jual kucing dan beli kucing

      $
      0
      0
      masalah hukum perniagaan kucing
      Lanjutan daripada artikel yang sebelum ini berkenaan pelihara kucing dan jual kucing, ada satu komen yang menarik.
      "Pastikan anda bela kucing dengan baik dengan mendapatkan panduan bela kucing ini>>>Kucing Comel"
      Komen itu memberikan pautan berkenaan hukum jual kucing dan beli kucing serta apakah hukumnya makan hasil dari wang perniagaan jual dan beli kucing.

      Anda boleh baca penerangan tentang perkara tersebut pada pautan ini.

      Dalam pautan di atas, hukum yang diberikan adalah haram.berdasarkan dalil hadits Nabi SAW;
      Diriwayatkan dari sahabat Jabir bin Abdillah RA bahwasanya Nabi SAW telah melarang memakan kucing dan melarang pula memakan harga kucing (nahaa [an-nabiyyu] ‘an akli al-hirrah wa ‘an akli tsamaniha)
      (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, hadits shahih. Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Jami’ Al-Shaghir, Juz II hal. 191).

      Hadits Nabi SAW itu menjadi dalil haramnya memakan kucing dan memperjual-belikan kucing. Jadi kita diharamkan memperdagangkan kucing sebagaimana kita diharamkan memakan daging kucing (Tentang haramnya memakan kucing lihat Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna`, Juz II hal. 273; Syaikh Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, Juz II hal. 192).

      Bagaimana pula dengan pendapat jumhur terutamanya para ulama keempat-empat Mazhab tentang hukum jual kucing dan beli kucing ini.

      Menurut satu lagi portal pula, jumhur ulama berpendapat hukum jual kucing dan beli kucing adalah dibolehkan. Tetapi portal itu juga lebih cenderung untuk mengambil pendapat sebahagian dari ilmuan yang mengharamkan hasil jual dan beli kucing.

      Di situ juga menggunakan dan membahaskan hadith yang berkisar daripada hadith yang saya sebutkan di atas tadi. Ia memberikan penjelasan akan kesahihan hadith itu dan membenarkan pendapat bahawa hasil jual beli kucing adalah haram. Boleh baca tulisan itu di pautan ini.,

      Perlu diingat bahawa hadith tersebut asalnya membahaskan akan haramnya makan daging kucing, dan disebut secara jelas hasil wang penjualan kucing haram di makan.

      Tentu kita akan terfikir bahawa kemungkinan besar haram makan wang jual beli kicing itu adalah lanjutan daripada haramnya makan daging kucing. Lantas hukum jual kucing dan beli kucing untuk tujuan dijadikan makanan adalah haram.

      Pendapat Ustaz Azhar Idrus beli kucing dan jual kucing

      Soalan yang saya pernah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus terhadap persoalan samada boleh jula kucing dan beli kucing. Memang soalan ini cukup menarik dan ingin diketahui oleh orang ramai yang makin berminat untuk pelihara kucing.

      Menurut Ustaz Azhar Idrus, ada perbezaan pendapat berkenaan isu jual kucing dan beli kucing ini. Ada yang tidak membenarkannya dan ada pula yang tidak melarangnya.

      Namun begitu, daripada penjelasan beliau, nampak bahawa beliau cenderung kepada membenarkan aktiviti jual kucing dan juga beli kucing ini. Kerana jika orang bukan Islam mempunyai kelebihan untuk membela anjing sebagai teman peliharaan, maka orang Islam pula boleh menggantikan anjing dengan kucing.

      Oleh itu tidak salah beli dan jual kucing asalkan bukan bertujuan untuk dijadikan makanan. Jika kita menjual atau membeli kucing untuk tujuan makanan, atau mungkin juga jual kucing pada orang yang nak makan kucing tersebut, maka hukumnya adalah haram.

      Anda boleh dengar ceramah beliau dalam menjawab persoalan jual kucing dan beli kucing itu di bawah:



      Oleh itu terpulanglah pada pendapat masing-masing dalam mengambil pendapat-pendapat yang saya berikan di atas. Imam Nawawi mengatakan sah beli kucing dan jual kucing jika kucing itu terlatih untuk melakukan atau memberikan manfaat tertentu kepada pembelinya.

      Ertinya jika kucing itu jinak dan terlatih dan bukannya liar adalah dibolehkan aktiviti jual dan beli untuk mendapatkan manfaat daripada peliharaan kucing tersebut.

      Moga artikel yang dituliskan ini mendatangkan manfaat bagi mereka yang sedang menjalankan atau mahu menjalankan aktiviti bela kucing, beli kucing dan jual kucing.

      Apa pendapat anda pula terhadap isu jual kuicng dan beli kucing ini...berikan komen dibawah jika anda ada pendapat atau maklumat lain. Wallahualam! (sumbergambar)

      Burger terbaik di Permatang Pauh - Burger Boy

      $
      0
      0
      Burger Boy Penanti
      Kalau anda pergi ke Permatang Pauh dan kawasan sekitar dengannya, dan mahu makan burger, di mana agaknya burger terbaik di Permatang Pauh berada?

      Di sini saya nak kongsikan maklumat buat orang luar atau mungkin juga orang Pulau-Pinang yang masih tak tahu kat mana boleh makan burger terbaik di Permatang Pauh.

      Jumlah peniaga burger di mana-mana saja adanya penempatan memang ramai. Kebanyakan stall burger menyediakan menu yang hampir sama di mana-mana saja.

      Cuma baru-baru ini, terutamanya di sekitar Kula Lumpur dan Selangor, telah muncul berbagai olahan semula makanan pantas kegemaran ramai ini di negara kita. Antara yang ramai dah pernah dengar adalah burger bakar.

      Kalau di Subang Jaya pula ada burger special yang bukan dijual di stall lagi, sebaliknya dibuat kedai khas seperti sebuah restoran. Paling menarik bila diperkenalkan pula burger yang menggunakan roti berwarna hitam!. Tapi burger tersebut dimiliki oleh usahawan berbangsa Cina. Saya tak pasti status halalnya.

      Boy Burger: Burger terbaik di Pekan Penanti, Parlimen Permatang Pauh

      Bermulanya perniagaan Boy Burger ini ada kaitan dengan Parlimen Permatang Pauh. Dia mula pulun jual burger ketika demam pilihan raya merebut kerusi Parlimen di Permatang Pauh. Sebab itu jika anda ke kedai burger tersebut ada banner dengan hiasan pangkah...tanda undi pilihan raya.

      Saya dah pernah buat artikel pasal Bor Burger sebelum ini agak lamam dulu. Tetapi ketika itu dia masih beroperasi di tepi pagar berhadapan jalan raya utama Pekan Penanti bersebelahan dengan Balai Polis Pekan Penanti.

      Baru-baru ini ketika balik ke Penanti, sempat pula saya makan burger dengan kawan-kawan di kedai baru Boy Burger. Dia sudah berpindah masuk ke kedai yang dulunya dikenali sebagai Restoran Faiz.

      Kini Boy Burger sudah punya perniagaan di kedai khas. Ada bumbung, ada banyak meja dan ada banyak kerusi. Ada banyak juga pilihan makanan lain.

      Keadaannya jauh lebih selesa dan tidak mangacau lalu lintas lagi seperti dahulu. Ramai orang boleh datang sekali gus tidak krem macam dahulu.

      Restoran Boy Burger sekarang tak berapa jauh dari tempat asalnya dulu. Dia hanya berpindah ke depan sikit dari Balai Polis Pekan Penanti. kini kedudukannya bertentangan dengan sekolah rendah Penanti.

      Kalau anda datang dari Masjid Kubang Semang menuju ke Mengkuang atau Lunas atau Guar Perahu, anda pasti akan melalui kedai Boy Burger ini. Cuma kedai burger tersebut hanya beroperasi pada waktu malam sahaja. Tidak sebagaimana kedai McDonald's.

      Gambar di atas, adalah salah satu burger special yang dihasilkan oleh Boy Burger. Saiznya besar! triple XL dan makan 4 orang tak akan habis. Harganya pula...jeng,jeng,jeng............RM50 sahaja. Nah ambik kau, makanlah nak makan sangat. Dan malam itu kami terpaksa bungkus bawa balik sebab makan tak habis!.

      Lain kali, kalau anda lalu di Pekan Penanti pada waktu petang atau malam, jangan lupa singgah kat kedai Burger Terbaik di Permatang Pauh. Pesan pada taukehnya yang bernama Boy katakan 'Bihi' kirim salam dan katakan pada Boy, saya minta komisyen hasil promote burgernya di blog ini...komisyen itu boleh digunakan sebagai diskaun burger yang anda makan....itupun kalau Boy setuju nak berikan komisyen.

      Tambah pendapatan RM1000 sebulan - Panduan affiliate paling laris

      $
      0
      0
      Webinar affiliate terbaik
      Siapa tak mahu tambah pendapatan RM1000 sebulan. Semua orang tentu tercari-cari peluang tambah pendapatan RM1000 paling kurang.

      Rakyat sedang kepanasan seperti berada di dalam kuali panas. Tak boleh melarikan diri lagi walau kemanapun mereka pergi. Ke mana saja masih tetap berada di dalam kuali yang sedang dipanaskan.
      "Program webinar ini paling laris untuk belajar cara tambah pendapatan RM1000 sebulan. Boleh segera sertai Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah"
      Kepanasan akibat daripada sikap kerajaan yang kononnya nak jaga rakyat, terpaksa menaikkan kos kehidupan secara drastik satu persatu. Rasional kenaikan kos kehidupan supaya rakyat dapat diajar cara hidup berjimat cermat.

      Kalau nak jimat bayar tol, jangan nak highway. Kalau nak jimat makan ayam yang mahal, maka saja itik. kalau nak jimat guna letrik, pakai saja lilin atau bakar sampah batang kayu depan rumah kasi api nyala tinggi.

      Kalau nak jimatkan kos perubatan, naikkan harga gula. Gula disalahkan sebagai sebab masalah diabetes bercambah di negara kita. Kalau nak hadapi harga gula yang tinggi, kurangkan makan gula. Sekali gus jimatkan perbelanjaan gula dan elakkan diabetes. Siapa agaknya yang dah kurangkan jumlah pengambilan gula hasil dari kenaikan harga gula....ada data ke?.

      Cuba tambah pendapatan RM1000 sebulan dengan program affiliate

      Nak marah tak guna, hanya buang masa. Kerajaan yang beri janji sebelum PRU 13 tak akan naikkan kos sara hidup dah mungkir janji sebaik saja rakyat pilih mereka. Tapi kita mesti berfikiran positif, seperti nasihat Dr Muhaya. Kenaikan kos baik untuk rakyat, berbaik sangkalah.

      Sekali lagi diulang, rakyat yang buat keputusan, rakyat majoriti berdasarkan persempadanan yang tak sekata. bukan majoriti dari segi kuantiti keseluruhan. That's the rule of the game, everybody must adhere to, . We must folow, like it or not.

      Jadi cara terbaik adalah dengan cuba tambah pendapatan RM1000 sebulan. Sudah tentu bukan untuk anda yang berpendapatan RM100 ribu sebulan. Yang jadi CEO mana-mana GLC ada kuasa monopoli.

      Hanya untuk anda yang bergaji kecil. Kais pagi makan pagi selama ini, kais petang makan petang selama ini. Anda perlu tambah pendapatan at least RM1000 sebulan. Boleh dilakukan dan mudah jika ambil masa sedikit untuk belajar.

      Belajar tambah pendapatan RM1000 sebulan dari panduan paling laris

      Jika anda mahu, boleh dapatkan panduan paling laris ini. Panduan yang cukup banyak disertai. Panduan yang banyak membantu ramai orang jana wang. Tambah pendapatan RM1000 sebulan melalui pendekatan affiliate.

      Kalau orang lain boleh buat, anda juga tentu boleh buat. Tak payah nak semak dada merungut. Nak ubah kena tunggu 4 tahun lagi. Dalam masa itu cuba belajar Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah.

      Daftarlah segera di link >>>Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah. Anda akan mampu jana wang tambah pendapatan RM1000 sebulan...Insyaallah!

      Satay paling sedap di Permatang Pauh

      $
      0
      0
      Kedai makan best

      Satay paling popular di sekitar Lembah Kelang tentu ramai yang tahu. Sebut saja Satay haji Samuri, semua orang kenal. Kalau dulu, nak makan satay paling sedap Haji Samuri terpaksa pergi ke Kajang. Kini tak perlu lagi.

      Banyak terdapat cawangan kedai satay Haji Samuri di seluruh Selangor danj juga Kuala Lumpur terutamanya di perhentian R&R lebih raya. Biasanya saya suka pergi ke perhentian Awan Besar untuk makan Satay Haji Samuri.

      Satay Haji Samuri juga ada di Perhentian Jejambat R&R Sungai Buloh. Tetapi kedai satay itu selalunya amat sesak. Kita terpaksa berbaris untuk beli satay dan jika dah ada satay pulak, tak ada tempat duduk. Kalau sedang lapar, tak payah nak gatal pergi makan satay kat situ.

      Satay sedap Haji Samuri ada di kompleks PKNS

      Baru-baru ini ketika pergi cari songkok untuk anak-anak sekolah, saya singgah di PKNS. Selesai beli apa-apa yang patut, dan nak balik terlihat kedai Satay Haji Samuri di sudut hujung bangunan PKNS tersebut. Rupanya dah ada kedai satay Haji Samuri di situ.

      Apa lagi...kami masuk sekeluarga untuk menjamu selera di situ. Seperti biasa di mana-mana kedai satay Haji Samuri, anda terpaksa membuat order sendiri dan tak ada orang nak layan datang ambil order ke meja anda.

      Setelah ambil order, bayar di kaunter, bawa kuah dan talam sendiri ke meja makan anda. Satay akan dihantar oleh pekerja nanti. Memang pandai dia mengajar para pengunjung untuk jangan berlagak jadi Boss. Mungkin lama nanti, pengunjung terpaksa bayar, ambil satay dan masak sendiri satay mereka di samping buat kuah sendiri di dapur.

      Satay sedap di Permatang Pauh

      Semua tadi cerita satay sedap di Lembah kelang, sekarang saya nak kongsikan pula satay sedap di Permatang Pauh.

      Kalau ikutkan rasa sedap berdasarkan lidah saya, satay Haji Samuri tidak dapat menandingi rasa enak satay sedap di Permatang Pauh tempat asal saya berkubang. Samada dari segi satay itu sendiri maupun kuah satay, memang tak boleh lawan rasa sedap, enak dan lazat satay di Permatang  Pauh ini.

      Kalau nak makan satay sedap yang saya maksudkan, anda boleh pergi ke tempat yang sama di mana adanya kedai Burger Boy di Pekan Penanti. Asalnya sebelum wujudnya kedai burger boy di situ, satay sedap tersebut sudah lama ada dan bertapak di situ.

      Biasanya saya hanya panggil satay itu sebagai 'Satay Pak Jab'. Itulah orang asal yang mula berniaga satay di Pekan Penanti di Restoran Faiz. Pak Jab pula bersama isterinya Kak Mah merupakan pelopor perniagaan satay kat pekan penanti sampai maju.

      Mereka bermula secara kecil-kecilan dalam keadaan susah menyewa rumah di kampung penanti. Hasil dari ketekunan, mereka jadi senag lenang mempunyai tanah dan membina rumah banglow sendiri. Kini satay di situ diniagakan pula oleh anak kepada Pak jab yang bernama Syam.

      Jika anda nak rasa satay sedap...paling sedap di sekitar Permatang Pauh, pergilah ke Pekan Penanti. Jika datang dari Bukit Mertajam, anda akan melalui Masjid Kubang Semang dan seterusnya kawasan kubur. Terus ke depan melintas jambatan Ban Busuk dan anda akan lihat sekolah rendah penanti di sebelah kanan.

      Berdepan dengan sekolah Penanti itu, ada sebuah restoran. Di restoran itulah adanya Satay paling sedap yang saya maksudkan. Di situ juga adanya burger boy yang popular itu. Selain dari itu, anda juga boleh makan makanan lain yang turut sama dijual di restoran tersebut.

      Apa kesan pada rakyat jika harga kangkung naik

      $
      0
      0
      harga kangkung naik
      Semua orang bercakap tentang kangkung semenjak dua menjak ni. Puncanya hanya kerana Perdana Menteri kita juga bercakap pasal kangkung.

      Itulah powernya jika anda jadi Perdana Menteri, apa saja percakapan anda diambil perhatian, dirakamkan dan dianalisakan.

      Setiap kali Perdana Menteri berucap, tentang apa saja, biasanya mereka yang pro kerajaan akan komen puji melambung. Hebat...hebat, begitulah biasanya para penyokong kerajaan akan kata.

      Sebaliknya mereka yang pro bukan kerajaan akan cari salah dan bengap tentang ucapan Perdana Menteri itu. Biasalah begitu, tak ada manusia sempurna. Bergantung pada apa yang kita nak tengok, baik atau buruk, sudah pasti kedua-duanya dapat disingkap.

      Sebab utama jadi begitu adalah kerana baik dan buruk, lemah dan kuat, kalah dan memang, miskin dan kaya, masalah dan peluang...kedua-duanya datang sekali. Kepala dan ekor sentiasa ada pada satu siling yang sama. Mereka tak datang berasingan.

      Tapi kali ini, agak pelik sikit. Sebabnya adalah kerana samada pro kerajaan atau pro pembangkang, kedua-duanya melihat sudut kelakar terhadap ucapan Perdana Menteri. Sudut serius tidak menjadi fokus utama kecuali beberapa kerat pemimpin kerajaan sahaja yang berusaha melihat sudut positif terhadap ucapan kangkung Perdana Menteri.

      Kesan pada rakyat jika harga kangkung naik tak sama dengan kesan harga tenaga naik.

      Rasanya orang ramai tak setuju dengan ulasan kangkung adalah kerana ia perumpamaan yang sungguh kangkung. kalau professor ucapkan begitu, sahih kita akan panggil dia professor kangkung.

      Jadi bila PM buat perumpamaan begitu, sudah tentu akan dapat gelaran Perdana Menteri Kangkung. Maknanya tak berapa menarik. Kerana kangkun boleh hidup kat longkang, kat paya, kat parit. Campak saja tangkai atau batang kangkung kat parit atau paya dia akan mula hidup menjalar.

      Jika harga kangkung naik, tak ada kesan pada orang kampung. Tak ada kesan pada barangan lain kerana orang kampung akan kutip saja kamngkung yang bersepah menjalar disekeliling parit di kampung.

      Kalau kat puchong, kangkung boleh dikutip pada merata tempat. Parit kotor atau parit bersih boleh ada kangkung.

      Jadinya jika peniaga naikkan harga kangkung, mereka sengaja cari pasal untuk membuatkan kangkung atas meja pasar malam busuk tanpa ada orang nak beli. Sebab orang ada pilihan untuk cari kang kung belakang rumah.

      Berbeza jika harga minyak naik, harga tol naik, harga gula naik, harga letrik naik...kesannya rakyat tak ada pilihan korek telaga minyak sendiri, rakyat tak boleh buat lebuhraya sendiri, rakyat tak reti proses gula sendiri dan rakyat tak boleh jana tenaga letrik sendiri.

      Rakyat terpaksa menanggung kos kenaiakn itu tanpa ada apa-apa pilihan baik. Bila jadi begitu, rakyat menjadi semakin parah bila semua harga barang lain turut sama naik. Tapi harga kangkung tetap tak naik sebab kangkung senang dicari, senang ditanam.

      Lain kali bila berucap jangan berikan contoh kangkung. kita dah kebanjiran cendikiawan kangkung, dah ramai sangat prof kangkung, dah ramai sangat pegawai dan menteri kangkung, jangan tambah pula satu lagi PM kangkung.

      Jika harga kangkung naik rakyat tak kisah. Tapi bila jumlah kangkung bertambah, rakyat akan terseksa. Negara jadi huru hara. Biasanya bila kangkung terlalu banyak sangat menjalar depan rumah, kita akan cantas saja, ambil kangkung itu berikan makan pada arnab....jika orang kangkung bertambah kita nak buat apa?...anda berikan komen sedikit boleh...???

      Hadith menarik untuk direnungi - Siapa Uwais bin Amir

      $
      0
      0
      berbakti pada ibu dan hidup fakir
      Apa tujuan dipaparkan posting hadith menarik untuk direnungi ini. Sebabnya adalah kerana hari ini kita menyambut Maulidur Rasul.

      Ada eloknya jika kita kita menyelami sebentar sejarah silam para sahabat yang mendapat tunjuk ajar secara terus daripada Rasulullah.

      Ramai yang dah kongsikan sirah Rasul, jadi elok juga saya ambil kelainan dari sudut impak ajaran Rasulullah kepada para sahabatnya. Itu juga salah satu dari cara kita mengenangkan Rasul yang kita cintai.

      Mari lihat hadith menarik di bawah

      Usair bin Amru (ada yang kata nama sebenarnya ialah Usair bin Jabir) berkata, "Dalam satu peperangan, Umar bin Khattab didatangi oleh sepasukan pembantu daripada penduduk Yaman. Beliau bertanya kepada mereka, 'Ada sesiapa antara saudara sekalian yang bernama Uwais bin Amir?'

      Akhirnya Uwais bin Amir dibawa berjumpa beliau. 'Adakah saudara bernama Uwais?' Umar bin Khattab bertanya.

      'Ya!', jawab Uwais.

      'Benarkah saudara daripada keturunan Murad daripada kalangan suku Qaran?', Umar bertanya lagi.

      'Ya!', jawab Uwais.

      Adakah saudara menghidapi penyakit sopak tetapi kemudian penyakit sopak saudara sembuh, kecuali pada satu tempat sebesar wang dirham?' tanya Umar lagi.

      'Ya!', jawab Uwais.

      'Adakah saudara mempunyai seorang ibu?', Umar bertanya lagi.

      'Ya!', jawab Uwais.
      Kemudian Umar Bin Khattab berkata, 'Saya mendengar Nabi Muhammad menerangkan, 'Saudara sekalian akan bertemu dengan Uwais bin Amir, daripada keturunan Murad, daripada suku Qaran, bersama-sama pasukan mujahidin daripada penduduk Yaman. Beliau menghidapi penyakit sopak tetapi kemudian penyakit itu sembuh, kecuali pada satu tempat sebesar wang dirham. Beliau juga mempunyai seorang ibu, dan beliau berbakti kepada ibunya. Andai kata lelaki itu meminta sesuatu atas nama Allah, pasti Allah mengabulkan permintaannya. Sekiranya saudara berpeluang meminta beliau supaya memohonkan pengampunan bagi pihak saudara, lakukanlah itu.' Oleh sebab itu, mohonkanlah pengampunan bagi saya.'
      Uwais bin Amir pun memohon pengampunan bagi Umar bin Khattab.

      Kemudian Umar bertanya, 'Ke manakah saudara hendak pergi?'.

      'Ke Kufah,' jawab Uwais bin Amir.

      'Mahukah saudara, sekiranya saya menulis surat kepada Gabenor kufah, supaya ketibaan saudara disambut baik dan diberi pertolongan yang saudara perlukan?', kata Umar.

      'Saya lebih senang menjadi orang fakir', jawab Uwais.

      Setahun kemudian ada seorang bangsawan dari Kufah pergi menunaikan ibadat haji. Di sana kebetulan beliau bertemu dengan Umar bin Khattab. Umar bertanya kepada beliau keadaan Uwais.

      Kata orang bangsawan itu, 'Sewaktu saya tinggal Kufah, rumahnya buruk dan tiada harta.'
      Kata Umar, 'Saya mendengar Nabi Muhammad menerangkan, 'Saudara sekalian akan bertemu dengan Uwais bin Amir, daripada keturunan Murad, daripada suku Qaran, bersama-sama pasukan mujahidin daripada penduduk Yaman. Beliau menghidapi penyakit sopak tetapi kemudian penyakit itu sembuh, kecuali pada satu tempat sebesar wang dirham. Beliau juga mempunyai seorang ibu, dan beliau berbakti kepada ibunya. Andai kata lelaki itu meminta sesuatu atas nama Allah, pasti Allah mengabulkan permintaannya. Sekiranya saudara berpeluang meminta beliau supaya memohonkan pengampunan bagi pihak saudara, lakukanlah itu.'
      Orang bangsawan itu pergi menemui Uwais dan berkata kepadanya, 'Mohonkanlah pengampunan bagi saya.'

      Dijawab oleh Uwais, 'Tuan baru saja pulang daripada melakukan kerja yang baik, sepatutnya tuan mohonkanlah pengampunan bagi saya'. Kemudian katanya lagi, 'Adakah tuan berjumpa dengan Umar?'.

      "Ya!", jawab orang bangsawan itu.

      Uwais pun memohonkan pengampunan bagi orang bangsawan itu. Barulah orang ramai tahu siapa Uwais, mereka pun pergi menemuinya. Uwais kemudian berangkat pindah ke tempat lain. " - Direkodkan oleh Muslim

      Apa yang boleh kita ambil dari hadith menarik di atas

      Hadith panjang di atas ada banyak perkara manarik yang boleh kita pelajari. Salah satunya adalah betapa prihatin pada sahabat mengingati semua kata-kata dan pesanan Rasulullah secara terpeinci dan segera amalkannya sebaik saja berpeluang. Apakah kita melakukan perkara yang sama?.

      Dari hadith di atas juga kita boleh faham bahawa tidak ada doa yang paling baik jika bertemu keadaan di mana doa mustajab, selain dari memohon pengampunan daripada Allah. Apakah doa yang kita sering minta bila bertemu waktu yang mustajab buat berdoa...?

      Dari hadith di atas juga kita dapat lihat betapa mulianya Uwais bin Amir sehinggakan segala doannya amat mustajab. Antar perkara yang kita boleh faham dari hadith itu adalah:

      1. Uwais sentiasa berbuat baik pada ibunya. Apakah kita sentiasa berbuat baik pada ibu kita. Atau kita tinggalkan saja ibu di kampung dan hanya pulang bila cuti raya, itupun kita bebankan ibu dengan kerja memasak untuk seluruh keluarga kita.
      2. Uwais tidak mengharapkan bantuan Umar untuk mencari kemudahan dunia. Apakah yang akan kita buat bila PM tawarkan surat perintah berikan projek untuk kita....? sukar sekali nak lepaskan peluang itu. Malah kita sering cari kabel untuk semua urusan dunia kita.
      3. Uwais hidup sederhana dan low profile. Bagaimana kita melihat orang-orang susah yang rumahnya buruk dan tidak punya harta di penempatan kita. Kita buat tak kisah kerana yakin dia tak dapat membawa apa-apa kebaikan atau kita hampiri dan cuba mengenalinya?

      Demikianlah sedikit perkongsian dari hadith menarik yang saya petik dari kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi. Moga ada manfaatnya dan dapat kita renungkan, lalu amalkan segera.

      Siapa Anas Urbaningrum, carian paling top di Indonesia minggu ini!

      $
      0
      0
      Siapa dia Anas Urbaningrum
      Biasanya saya hanya cari perkataan paling top di Malaysia dalam carian di google, tapi kali ini terdetik pula nak lihat apa carian paling top di Indonesia dalam tempoh 7 hari sudah. Terpampanglah nama Anas Urbaningrum....siapa Anas Urbaningrum ini?

      Bila saya google pada mesin carian nama Anas Urbaningrum, maka terselaklah berita berikut:
      "Anas Urbaningrum detained by KPK over corruption allegations"

      Saya tak pernah kenal siapa Anas Urbaningrum sebelum ini. Ia bukanlah nama popular yang biasa rakyat kita ambil tahu. Atau mungkin hanya saya yang tak ambil tahu sangat perihal politik Indonesia.

      Anas Umbanigrum bukan orang biasa

      Tapi nampaknya Anas Urbanigrum ini bukanlah orang biasa. Dia merupakan ahli politik yang hanya satu tahun lebih muda daripada saya. Dia merupakan salah seorang pemimpin parti politik yang muda yang ada di Indonesia.

      Bukan senang nak naik dalam negara yang ratusan juta rakyat seperti di Indonesia itu. Persaingannya cukup hebat. Dalam apa saja arena persaingan jauh lebih sengit di sana berbanding di negara kita.

      Ketika bergaul dengan pelajar Indonesia di Perancis dulu, saya dapat tahu betapa para pelajar yang terpilih untuk menyambung pengajian di luar negara cukup sengit. Bayangkan jutaan pelajar yang semuanya hebat-hebat belaka.

      Biasanya pelajar yang paling hebat akan dihantar ke Belanda untuk sambung pelajaran. Mereka yang tersebar ke negara lain biasanya tak berapa hebat berbanding yang ke Belanda. Itulah kata kawan-kawan Indonesia saya di sana ketika itu.

      Pernyataan ini membuatkan saya kaget!. Kerana semua pelajar yang merendah diri yang saya kenal di sana berpuluh ganda hebat daripada semua pelajar malaysia yang saya kenal. Mereka masuk Grands Ecole macam masuk politeknik saja sedangkan bukan mudah untuk ke sana walaupun buaty pelajar Perancis sendiri.

      Ada pelajar Indonesia yang saya kenal mampu belajar dan kemudiannya fasih dalam bahasa Arab hanya selama 6 bulan setelah bergaul dengan para pelajar Arab di Perancis. Otak mereka cerdas, bijak dan cukup mantap.

      Ada seorang kawan yang saya kenal bernama Abdul Rahman yang masuk belajar di Aerospatial France. Pusat itu sama macam Nasa di Amerika. hanya pelajar yang benar-benar terpilih saja mampu masuk ke situ. Bukan calang-calang orang mampu masuk dan biasanya mereka diberikan elaun khas yang mewah dan di kawal segala pergerakan mereka atas sebab keselamatan maklumat rahsia.

      Bertambah hebat lagi bila kawan saya itu merupakan pelajar terbaik pula di pusat pengajiannya itu. mengalahkan pelajar Yahudi dan juga para pelajar Perancis yang lain. Abdul Rahman hebat dan isterinya juga hebat, kedua-duanya masuk Aerospatial dan kedua-duanya pelajar terbaik.

      Begitulah kehebatan manusia bila terpaksa bersaing dalam jumlah yang cukup ramai. Perkara saya juga berlaku di negara China, negara india dan lain-lain negara yang jumlah rakyatnya terlalu ramai. Benarlah kata orang bahwa bersaing diperlukan untuk melahirkan manusia hebat.

      Di negara kita pula terbalik. Jumlah penduduk di sini tidak seramai di Indonesia. hanya dalam Lingkungan 30 juta, 10 kali ganda lebih rendah dari Indonesia. Kita kalah dalam banyak persaingan. kita tidak diberikan peluang untuk bersaing hebat kerana banyak subsidi dan keistimewaan pada rakyat kita terutamanya orang Melayu...mungkin ada yang marah jika saya kata begitu.

      Tak kisahlah, itu hanya pendapat saya. tak semestinya perlu disetujui. Anda boleh berikan pendapat anda sendiri. Anda boleh suka hidup tanpa persaingan atau sekadar yang ringan sahaja agar keenakkan dan kelazatan hidup bermalas-malasan tidak berhenti.

      Orang luar biasa macam Anas Uurbanigrum juga boleh tewas

      Jika dilihat berita pasal Anas Urbaningrum ini anda boleh tahu dia dicari ramai kerana tuduhan rasuah. ya! rasuah membunuh ramai hati-hati manusia. Sama di mana-mana.

      (Perhatian!: tuduhan ke atasnya hanya baru sekadar tuduhan dan belum dibuktikan lagi. Mungkin ada udang di sebalik batu atas kerja politik, atas usaha musuh politik yang mahu jatuhkan lawan...semua boleh berlaku dalam politik)

      dia dikatakan menggunakan kaedah rasuah untuk menyara kempen politiknya. Kononnya wang hasil dari rasuah satu projek besar disalurkan pada aktiviti kempen parti politiknya. Digunakan untuk urusan komunikasi, urusan sewa kereta, urusan penginapan dan lain-lain urusan lagi untuk semua jentera parti politiknya.

      Eh! macam biasa dengar saja!. Macam pernah dengar aktiviti sebegitu diguna pakai dalam kempen pilihan raya di negara kita. Juga dalam kempen rebut jawatan mana-mana parti politik di negara kita (bukan semua parti).

      Nampaknya sama saja di mana-mana. kehebatan manusia tidak dapat melepaskan dirinya daripada gejala rasuah. manusia gila wang sekarang. Tak ada wang kerja tak jalan. tak ada wang tak ada sokongan. Orang yang tak ada wang akan jadi penyair jalanan...tak ada pengikut dan tak akan jadi pemimpin hebat (sekali lagi...bukan semua).

      Sekian coretan hari ini. Sekadar pendapat yang diluahkan untuk mengisi masa lapang cuti. Hujan lebat di luar tak boleh ke mana, jadi boleh digunakan untuk berkongsikan maklumat siapa Amas Urbaningrum, carian paling top di Indonesia minggu ini...dapatkan berita berkenaannya disini.

      Cara terbaik turunkan berat badan yang gemuk

      $
      0
      0
      Teknik kuruskan badan terbaik
      Apa cara paling baik turunkan berat badan yang gemuk, tanpa perlu mengeluarkan kos yang bukan-bukan?.

      Cara paling baik turunkan berat badan yang gemuk semestinya tidak mendatangkan kesan sampingan dan boleh dilakukan secara murah, mudah dan berkesan.

      Ertinya tak perlu makan ubat, buat pembedahan buang lemak, tahan lapar sampai terjelir lidah dan sebagainya.

      Tentu ramai yang nak tahu cara terbaik turunkan berat badan yang gemuk

      Saya kata ramai kerana jika anda berjumpa dengan 10 orang dijalanan sekarang kemungkinan 7 daripada mereka adalah gemuk atau berlebihan berat badan. Muka bumi di penuhi oleh ramai manusia gemuk berbanding yang tak cukup makan.
      "Cara turunkan berat badan terbaik ada pada Teknik Atkins, tanpa ubat, tanpa modal  banyak dan tak perlu berlapar. Beli dan gunakan pedoman TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS"

      Cara turunkan berat badan yang diamalkan oleh seorang kawan

      Ada seorang kawan yang pulun kerja sampai lupa kesihatan diri mendapati berat badannya telah naik secara mendadak.

      Mahu taknya begitu, sebelum keluar rumah makan, keluar jumpa orang makan lagi, balik ke pejabat makan, tengahari makan lagi dan begitulah kerja dan makan sehingga sampai waktu malam berdengkur atas katil lena.

      Bukan saja berat badan naik, malah perut juga mula nampak montel dan terjulur ke depan bulat berkilat. Semua itu membuatkan rupa diri kelihatan menjadi cukup montel, cukup comel...macam comel je...!.

      Walaupun ramai yang berkata orang boroi dan gemuk lebih penyayang, orang gemuk dan montel sedap dipeluk kerana terasa sejuk...tapi kawan saya tahu itu bukan alasan terbaik untuk terus kekal montel dan boroi.

      Lalu dia nekad untuk disiplinkan dirinya bersenam dan tahan nafsu makan. Mulanya dia buat secara agresif dan tak sampai seminggu semuanya mula kendur dan hilang semangat...lalu dia datang jumpa saya minta cadangan.

      Saya cadangkan buat usaha sederhana saja. Teruskan aktiviti lain kesemuanya macam biasa kecuali tambah satu perkara. Pastikan berjalan kaki pantas setiap pagi sekurang-kurangnya 45 minit tanpa henti. Itu saja yang perlu ditekuni dan dibuat dengan penuh istiqamah.

      Apa yang berlaku...?

      Dia buat amalan mudah itu tanpa tekanan. Setiap pagi dia akan berjalan kaki makan angin sekeliling taman dengan segar dan gembira. Dia lakukan selama satu jam sebelum berhenti dan bersiap sedia untuk kerja. Gaya hidup lain diteruskan macam biasa...itulah yang terpahat dalam mindanya.

      Tetapi nampaknya tumpuannya untuk berjalan kaki setiap pagi tanpa henti selama sejam sebelum kerja itu telah mengubah kesemua aktiviti lainnya. Semuanya berlaku secara tidak di sedari.

      Dalam masa sebulan saja beratnya berkurangan, selepas 3 bulan turun lagi dan selepas 6 bulan turun lagi sehinggalah dirinya kembali normal dan tidak lagi montel dan berkilat serta bulat...sedang-sedang saja bak kata Iwan.

      Itu kawan saya punya teknik...ya hasil dari cadangan saya juga sebab saya dah amalkannya bertahun-tahun sehingga dah jadi rutin biasa.

      Ada lagi cara terbaik turunkan berat badan yang gemuk

      Jika anda gemuk...gemuk sangat. Jika anda boroi...boroi sangat, dan mahukan teknik kuruskan badan yang mujarab berkesan dan mudah serta murah. Anda boleh cuba TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS.

      Cuma perlu keluarkan sedikit modal untuk beli panduan bagaimana mengamalkan teknik tersebut. Sekali keluar saja dah boleh diamalkan. Itu adalah satu lagi cara terbaik turunkan berat badan yang gemuk. Cubalah.

      Buat duit beli hartanah - Perlu modal ke?

      $
      0
      0
      Jadi macam Robert Kiyosaki buat duit beli hartanah
      Mungkin anda pernah dengar kisah orang buat duit beli hartanah. Cerita sebegitu dah ada terlalu banyak sekarang. Ramai orang yang dah mula buat duit beli hartanah.

      Tapi persoalannya adalah, tak ramai yang ada duit simpanan yang banyak. Sedangkan ramai beranggapan kalau nak buat duit beli hartanah perlu ada modal.

      Jadi, betul ke nak nak buat duit beli hartanah kena ada modal?
      "Anda mampu buat duit beli hartanah dengan belajar dari mereka yang dah berjaya, Order Buku Fizikal Pelaburan Hartanah Tanpa Modal + Ebook Percuma Untuk Ipad/Tablet/Iphone/Smartphone Anda"

      Kisah buat duit beli hartanah

      Bila melayari dan baca blog di negara kita, orang Malaysia berbangsa Melayu, yang menulis blog menggunakan Bahasa Malaysia, di dunia cyber ini, ramai yang berkongsikan maklumat berkenaan buat duit beli hartanah.

      Kebanyakan daripada mereka masih muda belia. Mereka masih lagi di peringkat awal dalam dunia kerjaya. Tetapi hebat dan mengkagumkan kerana mereka dah mula peka pada teknik buat duit beli hartanah dengan terjun ke dalam Industri Hartanah.

      Oleh kerana rasa tertarik dengan perkembangan itu, saya terdetik untuk buat sedikit survey. Saya lalu mendaftarkan diri pada salah satu seminar hartanah yang dianjurkan oleh Sifu mereka dalam dunia blogging buat duit beli hartanah. Seminar itu diadakan di Shah Alam.

      Abangensem.com, begitulah nama blog dan juga nama panggilan tuan punya blog. Orang kenal dia dengan nama 'Abang Ensem'. Saya tak pasti pulak samada 'Ensem' tu bermaksud 'kacak'...?.
      Read more »

      Lagi mudah belajar Bahasa Inggeris

      $
      0
      0
      amat mudah belajar bahasa inggeris
      Saya ada kongsikan berkenaan cara mudah belajar Bahasa Inggeris yang diamalkan masa remaja dulu.

      Cara itu amat berkesan dan mengubah kedudukan saya dalam keupayaan baca surat khabar The Star. Kalau tak baca lagi boleh klik di sini.

      Samada anda suka atau tidak suka, Bahasa Inggeris amat penting sekarang. Untuk mempelajari ilmu sains, matematik, ekonomi, sains sosial dan macam-macam lagi lebih mendalam jika kita tahu Bahasa Inggeris.
      "Jangan lepaskan peluang belajar Bahasa Inggeris sendiri dengan mudah, dapatkan Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia"
      Jika anda nak mudah dapat kerja setelah habis belajar, anda juga perlu kuasai Bahasa Inggeris. Mereka yang kuasai Bahasa Inggeris jauh lebih mudah untuk mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan.

      Jangan pandang remeh untuk belajar Bahasa Inggeris

      Ada orang yang hanya ada sijil SPM tetapi fasih menguasai Bahasa Inggeris samada pertuturan maupun penulisan, dia akan menjadi rebutan di kalangan majikan. Berbanding orang yang ada Ijazah, tapi terlalu lemah penguasaan Bahasa Inggeris, amat sukar mendapat kerja.

      Kebiasaannya saya lihat orang berbangsa India yang pencapaian akedemik mereka tidak berapa baik, tetapi penguasaan Bahasa Inggeris mereka adalah hebat, lebih jauh maju ke depan berbanding orang Melayu yang belajar tinggi tapi malu-malu menggunakan Bahasa Inggeris, sebab dia tak berapa tahu.

      Kita sering lihat kejadian di mana pekerja berbangsa Cina yang masuk sama hari dengan pekerja berbangsa Melayu. Mereka mula di dalam satu jabatan dan kilang yang sama dengan jawatan yang juga sama. Selang tidak berapa lama, kawan Cina meninggalkan rakan pekerja Melayunya dari segi jawatan.

      Kita lalu gembar-gemburkan isu perkauman berlaku dalam urusan kenaikan pangkat. Kita tuduh pihak pengurusan kilang pilih bulu untuk kenaikan pangkat. Kita katakan kalau seseorang itu bermata sepek, berkulit kuning langsat, dia akan mudah naik. kalau berkulit sawo matang, alamat berjanggut untuk naik pangkat.

      Belajar Bahasa Inggeris membantu kehidupan dan ekonomi anda

      Namun begitu, ada banyak juga kejadian yang saya lihat, bukan sebab bangsa. Orang Cina yang bermata sepek dan putih melapak itu naik pangkat bukan sebab rupa paras mereka. Sebaliknya mereka kuasai kerja dan kuasai Bahasa Inggeris dengan baik.

      Menguasai bahasa Inggeris dengan baik membantu semua urusan pekerjaan kita. Apatah lagi dunia perniagaan sekarang sudah tidak mempunyai sebarang sempadan. Dunia perniagaan online membuka semua pintu perhubungan perniagaan di seluruh dunia. Dan dunia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.

      Tony Fernandez suruh belajar Bahasa Inggeris

      Ada sekali saya mendengar temuramah di BFM Radio 89.90 bersama Tony Fernandez. Siapa tak kenal orang kuat di dalam jenama Air Asia itu. namanya tersohor sejak dia berjaya membina perniagaan dan jenama Air Asia di seluruh dunia.

      Tony Fernandez menjadi usahawan yang beroperasi di seluruh dunia. maknanya dia merupakan usahawan antarabangsa dan terlibat dalam banyak urusan pengambilan pekerja di seluruh dunia. Jadi Bahasa apa agaknya dia gunakan ketika merekrur para pekerjanya?

      Anda tentu dapat agak bahawa Tony Fernandez terpaksa menjadikan keupayaan menguasai Bahasa Inggeris sebagai pra-syarat sebelum mengambil seseorang itu bekerja dengannya. Kerana syarikatnya terpaksa berurusan dengan semua bangsa di dunia. Dan mereka semua gunakan Bahasa Inggeris.

      Teknik lagi mudah belajar Bahasa Inggeris

      Oklah! tak perlu saya bebelkan tentang kepentingan Bahasa Inggeris lagi. Anda perlu mengakui kepentingannya untuk dunia sekarang jika mahu maju ke depan. Anda perlu belajar bahasa inggeris.

      Baru-baru ini saya membaca sebuah buku baru berbahasa inggeris daripada kedai buku MPH. Ketika membaca itu, saya sedang duduk berhadapan komputer riba di rumah. Tiba-tiba ada satu perkataan yang sering saya lihat diulang-ulang dalam buku tersebut yang saya tak tahu maknanya secara pasti.

      Untuk mengetahui makna perkataan itu, saya dengan secara spontan terus menekan google translate. Lalu terus menaip perkataan itu pada carian dan 'pop', terpampang keluar maknanya dalam Bahasa Malaysia.

      Tidak berpuas hati dengan terjemahan di dalam Bahasa Malaysia, saya tukar pula terjemahan ke dalam Bahasa Indonesia. Biasanya Bahasa Indonesia lebih meluas penghuraiannya terhadap sesuatu perkataan. Bahasa Indonesia nampaknya lebih kaya perbendaharaan katanya berbanding Bahasa Malaysia.

      Mudahnya belajar bahasa inggeris sekarang

      Baru saya perasa betapa mudahnya nak belajar perkataan baru bahasa inggeris sekarang. betapa mudahnya belajar bahasa inggeris sekarang. Bukan saja makna dapat diketahui, malah anda juga boleh tekan button suara atau sebutan pada google translate itu, dan komputer akan menyebut perkataan itu untuk anda dengari.

      Waduh!!!, siap makna sekali dengan cara macam mana nak sebut. Itu sudah lebih!!! sebab apa masa saya dulu tak ada kemudahan macam tu...? dan paling penting sekali, kenapa saya berikan petua susah pada artikel sebelum ini untuk belajar bahasa inggeris.

      Sekarang ini kalau nak tahu makna setiap perkataan inggeris anda boleh guna google translate, nak tahu sebutan juga boleh guna google translate. Anda akan dapat tahu banyak makna perkataan Bahasa Inggeris dengan mudah.

      Anda hanya perlu tambah belajat grammar sahaja untuk mantapkan penguasaan bahasa inggeris anda. Cara paling mudah untuk kuasai grammar bahasa inggeris boleh didapati di Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia.

      Antara Mazda CX5, Honda Accord atau Toyota Hilux, nak beli mana satu?

      $
      0
      0
      Toyota Hilux
      Ketiga-tiga kereta yang disenaraikan di atas, Mazda CX5, Honda Accord dan juga Toyota Hilux bukan kenderaan keluaran dan kebanggan negara. Ketiga-tiga mereka bukan anak emas kerajaan Malaysia dan bukan juga anak emas kebanggan rakyat Malaysia.

      Tapi itulah senarai yang sedang ada dalam fikiran seandainya ada rezki untuk membelinya. Tak ada dalam senarai mana-mana model kereta proton pun. Kereta proton tak dapat menepati citarasa.

      Kita beli kereta untuk digunakan buat cari makan. Juga digunakan untuk aktiviti keluar makan angin atau berjalan-jalan bersama keluarga. Oleh itu ciri-ciri keselesaan penting. Juga ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan sebagainya.

      Kita bukan beli kereta untuk membantu industri kereta negara, bukan juga untuk mempamerkan rasa bangga memiliki kereta buatan Malaysia. Biarlah orang seperti Syed Mokhtar, Tun Mahathir, atau sesiapa saja Taikun negara yang kaya raya buat kerja itu.

      Tetapi jika kualiti, keselesaan, keselamatan dan lain-lain setanding atau lebih lagi berbanding kereta luar negara, tak perlu paksa. kita akan turut rasa bangga. Sudah tentu rakyat berbangga dengan kereta buatan negara sebegitu.

      Berapa harga Mazda CX5, Honda Accord dan Toyota Hilux

      Bila nak beli kereta, sudah tentu faktor harga diambil kira. Asasnya adalah samada kereta itu mampu kita beli. Jadi aras yang perlu diambil kira adalah berapa bajet kita. Berapa harga paling tinggi kita sanggup ambil.

      Dalam kes harga paling tinggi, rasanya harga dalam lingkungan RM150 ribu ke RM160 ribu dah kira ok. Jadi saya buat keputusan untuk melihat senarai kereta yang berada dalam lingkungan harga tersebut. Lalu tersenarai pendeklah Mazda CX5, Honda Accord dan Toyota Hilux.

      Mazda CX5

      Ini kereta agak baru. Menggunakan teknologi tinggi yang mereka panggil Skyactive. Macam biasa industri kereta akan gunakan berbagai perkataan yang hebat. Ia seperti melambangkan teknologi terbaru ciptaan makhkuk asing dari angkasa.

      Ini mulanya menjadi pilihan utama. Salah satu faktor paling menarik adalah ciri-ciri jimat tenaga yang ada padanya. Dengan menambil kira spec paling tinggi yang ditawarkan, nilainya jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Honda CRV.

      Tapi malangnya, tempahan yang dibuat sekarang hanya boleh dipenuhi dalam masa 7 bulan lagi!. Punyalah ramai orang terkejar-kejarkan kereta Mazda CX5 ini. Siapa yang sanggup tunggu selama itu. Nilai susut harga kereta dalam masa 7 bulan cukup besar. Tambahan pula jika kereta itu bukan Honda atau Toyota.

      Agak pelik juga bila dapat tahu permintaannya tinggi, tetapi tiada jalan penyelesaian lain untuk penuhi permintaan tersebut. Pemasangannya di lakukan di Kilang Inokom, Padang Meha , Kulim. Apakah mungkin skill pekerja di sana tak cukup baik untuk tingkatkan pengeluaran dengan kualiti yang dikehendaki?

      Honda Accord baru

      Ini pilihan kedua. Honda Accord model baru setelah model sebelum ini dianugerahkan pada Proton untuk menggantikan Perdana. Mulanya rasa malas nak pertimbangankan Honda Accord kerana terasa macam ada hubungkait antara Perdana dengan Honda Accord. Badi Perdana nampak macam melekat pada Honda Accord.

      Tetapi bila tengok model barunya agak mengancam, maka harganya terus disemak. Model Honda Accord paling asas, 2.0 cc dijual dengan hatga lebih kurang RM139 ribu. kalau nak capasiti yang sama 2.0 tetapi berciri-cirikan aksesori model 2.5, perlu tambah lagi RM10 ribu menjadikannya RM149 ribu. kalau RM149 ribu, lebih baik ambil Honda CRV.

      Toyota Hilux

      Ini kereta yang dah lama diintai dari jauh. Kereta lasak yang semua orang tahu amat terbukti nilainya. Terkenal sejak lama dulu, dari satu jenerasi ke satu jenerasi yang lain. Keluaran Toyota Hilux sentiasa mendapat sambutan tinggi.

      Ini kereta yang saya mahu atas faktor kegunaan. Saya suka masuk hutan dan suka layan aktivit lasak. Suka travel atau kembara di jalanan. Jadi ini kereta paling sesuai. Tambahan pula satu keluarga suka kereta jenis ini bila saya bawa balik dan gunakan selama 2 minggu untuk tengok reaksi mereka.

      Harganya pula hanya RM100 ribu. Double Cab, 2.5 litre dan transmisi auto. Ditambah lagi dengan 4WD!. Murah rupanya berbanding dengan kesemua pilihan di atas tadi.

      Kalau nak, stok sentiasa ada. Pembuatan tahun 2014 lagi dan tak perlu risau dengan nilai susut jika nak jual selepas digunakan.

      Cuma orang selalu kata, kenapa kamu nak pakai kereta sebegitu, jagalah imej sikit. Takkan nak pakai kereta kontraktor. kamu bukannya kontraktor. Ayat itu ada pengaruh juga selama ini yang membuatkan Toyota Hilux tercorot dari senarai.

      Tapi bila difikirkan diri sendiri yang nak pakai, nak beli dan nak kena bayar semua kos, kenapa nak ikut apa yang orang lain nak kita pakai?

      Akhirnya, antara Mazda CX5, Honda Accord atau Toyota Hilux, yang terakhir itulah menjadi pilihan. Itupun jika ada duit....anda pula macam mana? boleh berikan sedikit pendapat tak?
      Viewing all 1538 articles
      Browse latest View live