Quantcast
Channel: Jas-du-it
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538

Salji di Indonesia antara carian paling top di google minggu lepas

$
0
0
Cuaca sejuk di Malaysia
Rasanya, semua orang yang kaki sosial di media sosial dah tahu berita berkenaan salji di Indonesia. Kalau tak tahu, manakan boleh perkataan itu menjadi antara yang panas dalam enjin carian google.

Kalau tak semak dalam googlepun saya boleh agak bahawa ia akan menjadi carian. Orang nak dapatkan maklumat sebenar. Apa yang telah berlaku...dunia dah gelong ke...? kiamat dan hampir sangat ke...? dan bermacam-macam lagi teori muka buku muncul sepanjang minggu lepas.

Saya sendiri dapat lihat betapa kecohnya kejadian salji di Indonesia disebarkan dengan bersemangat oleh peminat media sosial. Apatah lagi maklumat itu dihidangkan dalam bentuk berita dunia yang seolah-olah satu berita TV dari luar negara yang boleh dipercayai.

Salji di Indonesia dikukuhkan lagi oleh cuaca sejuk di Malaysia

Ramai juga kawan-kawan kongsikan video itu. Ia tersebar ke sana sini tanpa henti. Dan nak menjadikan cerita itu lebih dramatik lagi adalah bila cuaca sejuk yang pelik kebetulan sedang melanda negara kita.

Banyak tempat di negara kita yang mengalami suhu rendah seperti berada di Cameron Highland. Di Kuala Krai umpamanya, penduduknya terpaksa pakai pakaian tebal kerana suhunya jatuh rendah ke paras paling rendah yang tak pernah berlaku sebelum ini.

Bayangkan suhu kat Kuala Krai adalah 17 darjah Celcius!!!. Itu tahap rendah macam di duduk kat pejabat di Putrajaya dalam keadaan alat hawa dingin yang sedang terpasang. Macam keadaan pegawai kerajaan yang suka pakai baju tebal seperti blazer dan seumpamanya jika duduk dalam pejabat di putrajaya...(kemudian buat-buat terkejut sebab kos tenaga yang terlalu tinggi di sana!).

Rupanya salji di Indonesia tak betul tapi sejuk di Malaysia memang real

Nasib baik saya bukan salah seorang yang mengamalkan ajaran kongsikan segera apa saja yang anda terima tanpa usul periksa. Maka tak jadilah saya tekan button like atau share untuk turut sama mencelup dosa kering kasi manusia panik.

Mungkin berita tersebut dah hampir kepada tahap bahaya pada negara sampai pihak berwajib terpaksa mengeluarkan kenyataan sebenar bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Berita pula terpaksa umumkan bahawa berita salji di Indonesia itu adalah palsu wal penipu.

Itulah budaya penggemar media sosial sekarang. Untuk memeriahkan amalan bersosial, Rule no one adalah sebarkan terlebih dulu apa saja berita yang anda terima tanpa usul periksa. Mungkin inilah fitnah paling hebat yang jauh lebih bahaya berbanding fenomena salji turun di Indonesia jika ianya benar-benar berlaku.

Masyarakat kita sudah jadi alat untuk memburukkan lagi keadaan dengan menjadi pakar mengembangkan berita palsu. Sebelum ini hanya berita politik pilihan raya sahaja yang menjadi pilihan, kini berita cuacapun sudah masuk dalam senarai.

Itu belum masuk lagi berita seperti orang Cina dah tubuhkan satu kumpulan ala Ninja untuk hapuskan Melayu...tak lama lagi tentu akan ada berita macam tu!...dan akan ada dengan tenang tekan button share atau like sambil komen, MEREKA DAH MELAMPAU!!!

Apakah salji di Indonesia boleh berlaku, apakah sejuk di Malaysia akan kekal?

Pakar cuaca menerangkan bahawa kejadian salji di Indonesia secara adatnya tak akan berlaku. Tapi ia bukanlah mustahil bagi Allah. Urusan salji di Indonesia masuk dalam perkara harus sahaja. nak jadipun bolh, tak nak jadipun boleh juga. Akal boleh terima kerana Allah Maha Berkuasa.

Apa yang menarik adalah penerangan yang saya baca di Utusan hari ini. Mereka menerangkan bahawa kejadian sejuk di negara kita yang membuatkan orang masak gulai di dapur sambil pakai baju tebal adalah sesuatu yang baru dan tidak dapat dijelaskan degan pasti oleh para pengkaji.

Ada berbagai kemunkinan yang mereka syak menjadi faktor kepada tahap sushu paling rendah tersebut dan salah satunya adalah faktor pergerakan bumi dan matahari yang mungkin luar daripada biasa. Ada juga kemungkinan berlaku pencemaran di ruang angkasa. Pencemaran yang besar yang memberikan kesan pada suhu bumi berlainan daripada biasa.

Bila disebut pasal pencemaran, saya bayangkan seperti berlakunya pertempuran makhluk angkasa seperti dalam cerita star wars. Mungkin pahlawan jedi sedang bertempur dengan robot jahat yang cuba kuasai angkasa dan tembak menembak berlaku, maka berlakulah pencemaran.

Atau mungkin juga pahlawan Transformer sedang bertempur dengan musuh mereka sampai berserakan unsur besi mengotorkan ruang angkasa...hahaha, itu semua hanya lintasan fikiran. Yang pastinya pakar pengkaji suhu dan cuaca dunia pasti akan mengkaji fenomena yang sedang berlaku ini dan akan cuba membuat satu rumusan agar ianya boleh dipelajari.

Apa yang pasti, jika salji di Indonesia benar-benar ada, jika suhu sejuk di Malaysia kekal lama, sudah pasti akan berlaku satu perubahan gaya hidup masyarakat kita. Citarasa akan berubah, perangai akan berubah, gaya hidup akan berubah dan macam-macam akan berubah... Wallahu'alam!...kalau ada pandangan, berilah pendapat anda di bawah. sumber gambar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538

Trending Articles