Quantcast
Channel: Jas-du-it
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538

Ford Ranger lebih bagus berbanding Toyota Hilux

$
0
0
mana lebih bagus, Ford Ranger atau Toyota Hilux
Rupa-rupanya Ford Ranger lebih bagus berbanding Toyota Hilux. Itulah yang saya dapat rumuskan setelah membuat sedikit perbandingan daripada maklumat yang ada di internet.

Betul seperti mana komen salah seorang pembaca terhadap entri saya sebelum ini berkenaan Toyota Hilux paling top dalam senarai kereta kena curi di negara kita. Berikut kritikan yang saya dapat daripada entri sebelum ini berkenaan Toyota Hilux:

Kritikan #1:
Bro..FYI..Hilux banyak di curi bukan sebab dia sangat lasak berbanding dgn p/up truck yg lain..tetapi sebab ianya jenama popular dan hype melampau dan sering di gunakan di estet2, construction site & kawasan pedalaman yg mana polis x masuk dalam utk cari sebab pak menteri x pakai hilux nih..Adjuster insuran kat malaysia pon jenis complacent sebab Insurance company punya polisi yg x anggap Adjuster Insuran as a professional and sebab paling utama..ADJUSTER ramai kaum india yg memang kaki belit n x professional n kalau Melayu plk..ala lebih kurang jer ngn Cina! Company adjuster plk cam hampehhhh..duhh
Kritikan #2:
Toyota hilux atau jenis2 yg sepertinya hanya selesa pada seat depan. Duduk belakang macam naik kereta lembu.
Daripada perbandingan saya dapati ternyata bahawa Ford Ranger lebih bagus berbanding Toyota Hilux. Malah Ford Ranger jauh lebih bagus antara semua jenama lain secara keseluruhannya. Jom kita lihat sedikit data.

Bagaimana Ford Ranger lebih bagus berbanding Toyota Hilux

Kita boleh bandingkan terhadap 10 kriteria yang diberikan di bawah untuk melihat yang mana satu antara Ford Ranger berbanding Toyota Hilux. 10 Kriteria berserta rating 5 bintang antara Forn Ranger berbanding Toyota Hilux adalah seperti di bawah:

  1. Styling: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 4
  2. Handling: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 3
  3. Comfort: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 3
  4. Quality + Reliability: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 4
  5. Performance: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 2.5
  6. Roominess: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 3
  7. Running Costs: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 4
  8. Value for Money: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 3.5
  9. Equipment: Ford Ranger 4.5, Toyota Hilux 3
  10. Environment: Ford Ranger 3.5, Toyota Hilux 2.5
Daripada perbandingan di atas ternayata bahawa Ford Ranger lebih baik berbanding Toyota Hilux terhadap kesemua 10 kriteris yang disenaraikan. Untuk perbandingan lanjut atau untuk bandingkan kereta lain, boleh tengok kat sini.

Tapi pelik bin ajaib kenapa Toyota Hilux jauh lebih popular berbanding dengan Ford Ranger?. Sebanyak 4.5 juta Toyota Hilux telah dijual di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan. Di Malaysia saja sejak jenerasi terkini Toyota Hilux diperkenalkan pada 2005, sejumlah 145 ribu unit terjual!.

Toyota Hilux berjaya menguasai 50% daripada keseluruhan pasaran kereta Pick-up di negara kita dengan meninggalkanj kesemua pesaingnya terlalu jauh...! kenapa-kenapa? sedangkan Ford Ranger jauh lebih bagus?

Ini satu persoalan yang amat pelik bermain di kepala sekarang. Apakah dealer Ford Ranger tidak melakukan aktiviti pemasaran yang berkesan untuk melonjakkan penjualan kereta mereka?.

Pilihlah Ford Ranger yang lebih bagus berbanding Toyota Hilux

Jika anda ada hasrat nak beli sebuah kereta berbagai guna sekarang ini dah masih tak tahu mana satu nak buat pilihan, saya boleh syorkan untuk mendapatkan Ford Ranger.

Dari segi harga dan berbaloi dengan pembelian, ternyata Ford Ranger boleh memuaskan hati anda. nampaknya saya mungkin tersilap kerana telah membuat tempahan terhadap Toyota Hilux sebelum benar-benar membuat sedikit kajian.

Saya mula mencari maklumat terhadap Ford Ranger kerana terserempak dengan sebuah Ford Ranger berwarna putih yang cantik dihias oleh tuannya ketika nak masuk ke Bangsar Villager baru-baru ini.

Oleh kerana tertarik, maka saya meninjau secara dekat kereta tersebut dan terpampang sticker Best Car of the Year di belakangnya. Lalu terfikir kenapa aku tak beli kereta ini. Cantik, kemas, nampak gagah dan sempoi sekali.

Bila buat sedikit carian ternyata memang Ford Ranger lebih bagus berbanding Toyota Hilux!!! Kalau ada sesiapa yang dah beli dan menggunakan Ford Ranger, boleh tolong berikan sedikit komen di bawah. manalah tahu kalau-kalau saya batalkan Toyota Hilux dan tukar pada Ford Ranger, boleh kita kawan!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538