Quantcast
Channel: Jas-du-it
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Kenapa rakyat Perancis pergi jihad ke Syria meningkat

$
0
0
mati syahid di Syria
Di Perancis, Menteri Dalam Negeri negara itu mula risau apabila melihat kecenderungan rakyat Perancis pergi jihad ke Syria meningkat. Peningkatannya agak ketara terutamanya pada warga negaranya yang masih muda remaja.

Menurut laporan yang saya baca, data menunjukkan:
  • 18 warganegara Perancis telah terbunuh dalam pertempuran di Syria ketika melawan askar Bashar Al-Assad
  • 70 orang telah pulang dalam keadaan selamat setakat ini.
  • 220 orang lagi dilaporkan masih berada di Syria sedang membantu dalam usaha menentang askar Bashar Al-Assad.
  • Antara 200 ke 300 lagi dilaporkan sedang bersiap sedia untuk pergi ke sana.
  • 80% daripada mereka yang ke sana merupakan warganegara Perancis yang berasal dari Afrika Utara.
  • 20% lagi merupakan warganegara Perancis yang telah memeluk Islam.

Rakyat Perancis pergi jihad ke Syria kerana bosan dengan kehidupan

Ini cerita menarik daripada Madame Bons, seorang ibu yang sedang giat berkempen untuk menghalang lebih ramai lagi pemuda perancis yang masuk Islam dari pergi berjihad ke Syria.

Beliau buat begitu kerana kehilangan dua anaknya yang telah memeluk islam dan kemudiannya pergi berjihad ke Syria untuk menghapuskan tentera Bashar Al-Assad.

Dia menceritakan pengalaman anak-anaknya yang telah memeluk Islam dan turut sama pergi berjihad ke Syria:

  • Anak pertamanya telah mati syahid setelah nekad melakukan aktiviti bom berani mati di sana.
  • Seorang lagi anaknya meninggal dalam satu pertempuran dengan askar Basyar Al-Assad
  • Sebelum kedua-duanya meninggal dunia, mereka muncul dalam satu rakaman video di Youtube sedang memegang Kalashnikovs. Mereka menggesa agar umat Islam turut sama ke Syria untuk berjihad. Dalam video itu juga mereka menyeru agar Presiden Perancis, Francois Hollande memeluk Islam.
  • Ketika berada di Perancis, anak pertamanya yang jadi pengebom berani mati meluahkan rasa tak puas hatinya hidup dalam masyarakat yang suka berbelanja dan hanya pentingkan keuntungan saja. Dia tidak mahu terus dipergunakan oleh golongan pengaut keuntungan sebegitu.
  • Anaknya juga cukup berminat dengan kejadian yang sedang berlaku di Tanah Arab. Dia marah kepada Israel yang menindas Palestine. Dia juga marah pada Bashar yang kejam terhadap rakyatnya. Dia mahu membantu mereka.

Antara rakyat Perancis yang pergi jihad dan Ammar yang syahid

Jika pembaca pernah lihat, ada satu video dan maklumat berkenaan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang pelajar di Turki telah menjadi viral dalam dunia cyber. Ramai orang mencerita dan menyebarkan kisahnya.

Pada mulanya saya tidak ambil perhatian sangat pada cerita Ammar. Tetapi bila semakin ramai yang berkongsikan ceritanya saya mula membaca apa keistimewaan Ammar yang dikatakan syahid.

Pada mulanya saya sangkakan Ammar telah turut sama pergi jihad di Syria sama seperti para pemuda Perancis yang dinyatakan di atas tadi, sebab itu ramai yang memuji dan kagum dengan pemergian Ammar, syahid di medan perang menentang tentera Bashar Al-Assad.

Setelah saya semak dan menonton video, baca sana dan baca sini, saya tak jumpa sesuatu yang sangat mengkagumkan sangat akan pemergian Ammar. Sekurang-kurang tidak kagum sampai mengalirkan air mata seperti mana yang dialami oleh ramai periwayat ceritanya dalam blog dan FB. 

Apatah lagi bila saya difahamkan bahawa Ammar meninggal dunia kerana dilanggar oleh sebuah kereta Ambulan ketika mahu melintas jalan. Rupanya Ammar bukannya syahid di medan perang, sebaliknya meninggal dunia dilanggar ambulan di Turki.

Semua itu menimbulkan persoalan dan tanda tanya apa yang mahu disampaikan oleh orang ramai yang menyebarkan cerita Ammar syahid dilanggar ambulan itu. Sehingga ibubapa Ammar juga dijemput ke merata tempat untuk berkongsikan hal kematian anak mereka....sungguh saya tak berapa faham.

Mungkin ada yang marah pada pendapat yang saya utarakan di sini. Tapi itulah yang saya fikirkan. Ya! boleh dikategorikan sebagai syahid dunia, mereka yang meninggal akibat kemalangan. Memang ramai lagi muslim lain yang mati kemalangan samada di Malaysia atau di mana-mana dunia ini. Tapi mereka tidak mendapat liputan hebat seperti Ammar.

Walau bagaimanapun saya buat satu rumusan mudah. jika Allah mahu angkat kamu, menaikkan darjat kamu, boleh saja walaupun tidak ada sesuatu yang hebat yang anda lakukan. Cukup satu perkara yang dianggap kecil asalkan ianya ikhlas kerana Allah. Mungkin itulah yang berlaku pada Ammar.

Kembali pada rakyat perancis yang pergi jihad ke Syria, tertanya-tanya pula apakah kita ada data atau maklumat berapa yang telah ke sana, berapa ramai yang telah syahid, berapa ramai yang masih ada di sana dan berapa ramai lagi sedang bersiap sedia hendak ke sana....dan apa pendapat anda terhadap mereka yang berusaha ke Syria untuk menentang Basyar Al-Assad?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542