Mungkin ramai yang tahu tak ada penginapan murah di Bukit Fraser. Bukit Fraser bukan macam Cameron Highland yang punya banyak pilihan penginapan murah maupun penginapan mahal atau penginapan sederhana. Semua penginapan atas Bukit Fraser melebihi RM100 untuk satu malam dan tak ada yang bawah RM100.
![]() |
Papan iklan rumah rehat JKR raub. Rumah yang kelihatan di belakang papan iklan tu adalah rumah yang dimaksudkan! |
Setakat yang saya terokai, penginapan paling murah di Bukit Fraser adalah dengan kadar RM110 satu apartmen yang punyai 3 bilik tetapi hanya satu bilik sahaja dibuka. Bilik yang dua buah lagi dikunci. Itu merupakan harga untuk dua orang yang mahu menginap bermalam di atas Bukit Fraser.
Penginapan Pine Resort di Bukit Fraser
Tempat penginapan yang saya maksudkan dengan harga RM110 di atas adalah di Pine Resort. Itupun hanya sah jika anda pergi bermalam pada waktu biasa weekdays dan bukannya pada waktu hujung minggu atau pada musim cuti.
Pada hujung minggu atau musim cuti harganya naik jadi RM165 untuk satu apartment tiga bilik dengan hanya satu bilik dibuka. Jika bawa keluarga anda boleh minta tambahan tilan dengan harga RM20 sebuah.
Sarapan disediakan untuk dua orang dan setiap penambahan satu kepala akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM15 seorang.
Saya rasa itulah penginapan paling murah yang saya jumpa ketika pergi ke Bukit Fraser baru-baru ini dalam musim cuti sekolah.
Penginapan paling murah di Bukit Fraser
Oleh kerana tak ada desakan, saya ronda dan bertanya-tanya lagi sehinggalah berjumpa papan tanda Rumah Rehat JKR Raub dengan nombor telefon terpampang padanya. Lalu saya membuat panggilan untuk bertanyakan harga sewaan jika masih kosong.
![]() |
Pandangan rumah rehat JKR Raub. Saiznya tak berapa besar. Pondok kecil sebelah kanan rumah itu adalah pondok parkir kereta |
Ketika menelefon, jam menunjukkan pukul 11 pagi. Kedengaran seorang lelaki bernama Manor menjawab panggilan saya. Dia berbangsa India dan merupakan salah seorang pekerja JKR yang berikan amanah menjaga dan menguruskan Rumah Rehat JKR Raub tersebut.
Manor beritahu ada kekosongan tetapi saya perlu tunggu dia balik rehat tengahari untuk diberikannya kunci. Saya diminta menelefonnya semula pada pukul 2 petang nanti. Harganya adalah RM150 untuk satu malam.
Jadi terpaksalah saya meronda terlebih dahulu segenap rantau di bukit Fraser sebelum boleh ambil kunci rumah penginapan tersebut dan merehatkan diri.
Peluang itu saya gunakan untuk bertanya dari satu penginapan ke satu penginapan yang ada dan akhirnya saya buat rumusan Rumah Rehat JKR Raub adalah yang paling murah.
![]() |
Pemandangan Masjid di lihat dari depan rumah rehat JKR Raub |
Tepat pukul 2 petang, saya telefon semula Manor. Dia angkat telefon dan beritahu saya agar pergi terus ke rumah tersebut dan minta kinci daripada isterinya di rumah. Tanpa diberitahunya yang mana satu rumahnya, dia letakkan telefon semula.
Memang ternyata dia tidak dilatih untuk buat layanan menjawab telefon. Saya terus naik ke kawasan kuaters JKR itu dan mula mencari mana satu rumah orang India. Sebaik saja berjumpa rumah India yang pertama, saya terus ketuk untuk bertanya tentang rumah penginapan JKR Raub.
Seorang wanita India pertengahan umur muncul dan saya bertanya samada dia merupakan isteri kepada En Manor. Berulang-ulang saya bertanya supaya jelas dan terang kerana nampaknya dia macam tak berapa faham Bahasa Malaysia.
![]() |
Rupa dalam bilik |
Dibukanya kunci dan dia menunjukkan keadaan rumah itu pada saya....tanpa cakap banyak saya kata ok dan mula mengemas rumah rehat itu. Tinggallah saya bermalam di rumah rehat JKR Raub pada malam itu.
Saya akan berikan sedikit review berkenaan Rumah penginapan paling murah di Bukit Fraser tersebut dalam artikel yang lain selepas ini.
![]() |
Tangga menuju ke Foodcourt bersebelahan dengan rumah rehat JKR Raub |