Quantcast
Channel: Jas-du-it
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538

Bolehkah peniaga kecil jadi jutawan

$
0
0
usahawan kecil jadi jutawan
Saya hanya seorang peniaga kecil-kecilan, saya tak pernah terfikir untuk jadi jutawan kerana tak pasti samada bolehkah peniaga kecil jadi jutawan. Itu luahan ramai orang yang seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang berusaha menyara hidup dengan menjadi peniaga kecil.

Peniaga kecil jadi jutawan adalah satu perkara yang mungkin terjadi. Malah ramai yang dah jadi jutawanpun dengan hanya berniaga secara kecil-kecilan. Apa yang membezakan antara peniaga kecil yang jadi jutawan dengan peniaga kecil yang tak jadi jutawan hanyalah satu perkara sahaja.

usahawan kecil jadi jutawan berjaya

Peniaga kecil tak akan jadi jutawan selagi dia tak ada gambaran bahawa dia sebenarnya mampu untuk menjadi jutawan. Bila dia tak ada gambaran dan seterusnya tak terlintas untuk jadi jutawan, semua aktivitinya hanya membawa kepada mengekalkan keadaan hidupnya yang sederhana cukup makan sahaja.

Bagi peniaga kecil yang berjaya jadi jutawan pula mereka ada impian dan ada gambaran untuk menjadi jutawan. Lalu semua aktiviti mereka terarah untuk merealisasikan impian dan gambaran tersebut. Namun aktiviti berniaga kecil-kecilan adalah sama sahaja dengan peniaga kecil lain yang tak da gambaran untuk jadi jutawan.
"Anda hanya perlu tahu bahawa peniaga kecil boleh jadi jutawan"
Oleh itu, jika anda adalah dalam kumpulan peniaga kecil yang tak perlintas dan tak pernah mimpi untuk jadi jutawan, mulalah cari gambaran bagaimana naka jadi jutawan dalam keadaan menjalankan perniagaan kecilnya. Cari maklumat dan contoh bagaimana peniaga kecil jadi jutawan lain lakukan dan mula bertindak.

Langkah pertama yang paling baik untuk menuju ke arah itu adalah dengan mendapatkan naskah ebook Usahawan Kecil Boleh Berjaya!. Mula gali ilmu untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya dari perkongsian di situ. Ini langkah awal yang akan membawa anda semua ke arah peniaga kecil jadi jutawan.

Kalau seorang bagla yang makan jagi jadi jutawan kenapa anda tak boleh

Ada seorang Bangla yang bekerja sebagai pembantu kedai di KL. Sebelum ini dia bekerja sebagai buruh di Dubai dan kemudiannya datang pula ke Malaysia. Ketika berbual dia bertanya samada ada kedai yang boleh dibeli untuk dia memulakan perniagaan kedai makan di Malaysia.

Bila diselidiki, dia rupanya ada simpanan sebanyak RM700 ribu. Dia bersama 3 orang lagi rakannya sedang berusaha untuk membuka perniagaan di negara kita dengan jumlah wang terkumpul sesama mereka dalam lingkungan RM3 juta!!!. Itu semua hasil dari wang yang dikumpul sepanjang kerja makan gaji di Dubai dan juga di negara kita!.

Mereka hanya makan gaji sebagai buruh biasa, boleh simpan duit sebanyak itu. Kenapa anda rakyat Malaysia yang dah bekerja selama lebih 20 tahun tak mampu berbuat begitu?, anda jawab sendiri dan cuba fikirkan sebabnya. Bila dah dapat, anda tentu akan mula percaya bahawa peniaga kecil jadi jutawan adalah sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538

Trending Articles