Majlis konvo Pasti An-Nur ini dah agak lama berlalu iaitu pada bulan November 2013 yang lalu. Tapi tak sempat nak load dan kemaskinikan gambar yang diambil pada majlis tersebut. Kebetulan anak lelaki nombor 4 bersekolah di Pasti An-Nur dalam tahun 6. Jadi ini merupakan tahun akhir beliau berada di Pasti setelah bersama Pasti An-Nur sejak berumur 5 tahun lagi.
Sebelum berlansungnya majlis Konvo Pasti An-Nur, Seluruh Pasti di Kawasan Dun Sri Serdang berkumpul di Stadium Tertutup MPSJ di Seri Kembangan untuk meraikan para pelajar tahun enam di kesemua pusat Pasti seluruh Kawasan Puchong menamatkan pelajaran tahun enam mereka di sana. Sempat juga saya ke sana melihat bagaimana mereka menguruskan majlis konvo besar-besaran tersebut.
Oleh kerana saya berkesempatan melihat dua majlis konvo Pasti di mana satu adalah majlis yang besar peringkat Kawasan dan satu lagi hanyalah majlis kecil peringkat cawangan, maka sudah tentu ada keinginan untuk membandingkan kedua-dua program itu.
Salah satu perkata yang paling ketara yang saya perhatikan adalah bagaimana Pasti An-Nur menjemput Timbalan Ketua Pengarah Pasti Malaysia, En MadShahmiour bin Mat Kosim sebagai perasmi majlis sedangkan Pasti Kawasan hanya menjemput YDP Pas Puchong sahaja sebagai perasmi majlis. Bila ditanya, saya mendapat tahu memang setiap tahun mereka hanya akan menjemput YDP Kawasan sahaja sebagai perasmi Majlis.
Dalam ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah Pasti Malaysia, beliau memberikan maklumat betapa para pelajar Pasti di dapati cemerlang dalam pelajaran mereka selepas itu setelah masuk ke dunia pendidikan. Oleh itu adalah bagus jika Pasti terus berkembang dan menaburkan baktinya kepada masyarakat.
Terbalik pula dengan ucapan YDP Kawasan, beliau mahu agar Pasti tidak terlalu ghairah membuka cawangan yang banyak sehingga lari daripada matlamat sebenar penubuhan Pasti. Entahlah apa maksud sebenar beliau, tapi saya tak nampak usaha membanyakkan cawangan Pasti akan melarikan dasar atau matlamat penubuhan Pasti itu. Kalau mampu dan mendapat permintaan kenapa nak sekat pulak?.