Quantcast
Channel: Jas-du-it
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538

Tambah pendapatan dengan makanan

$
0
0
tambah pendapatan dengan pandai memasak
Saya orang Pulau Pinang. Samada orang negeri lain setuju atau tidak, makanan Pulau Pinang memang sungguh sedap. Kalau nak tambah pendapatan dengan makanan di sana, mesti pandai masak. Bila orang Pulau Pinang berniaga makanan untuk tambah pendapatan, kriteria utama mestilah sedap.

Makanan sedap bukan lagi kelebihan atau apa yang orang putih panggil USP dalam perniagaan makanan di Pulau Pinang. Ia syarat yang mesti ada kalau mahu jadikan perniagaan makanan sebagai sumber tambah pendapatan.

Sebab itu kalau singgah makan samada di tepi jalan, di restoran lama atau baru di Pulau Pinang, di gerai Padang kota lama atau Padang Kota Baru, atau makan nasi ikan bawal dalam hutan, maupun makan nasi bersila di Lahar Kepar, tak perlu rasa ragu-ragu dengan kelazatan makanan di sana.

Tak pernah lagi saya kecewakan orang luar bila di bawa makan di Pulau Pinang, kalau kecewapun mungkin sebab cirit birit sebab tak tahan makan rempah mamak. Walaupun cirit kerana tak tahan kepanasan rempah, rasa sedap tak boleh dinafikan, bau rempah pada jari yang tak hilang selepas basuh tangan membuatkan kenangan makan di Pulau Pinang tak pernah menghampakan.

Makanan di bandar tak sedap

Bila saya datang berhijrah ke kawasan Lembah Kelang ini, perkara paling mula sekali terasa adalah dalam hal ehwal makanan. Banyak kali diri kecewa kerana makan makanan yang tak sedap. Lebih-lebih lagi kalau ada gerai kilat seperti di kawasan pesta ceramah dan seumpamanya, makanan mereka memang banyak yang tak sedap.

Makanan mereka yang berniaga pada bulan ramadan di bazar juga biasanya tak sedap. Mereka benar-benar hanya nak cari duit sempena ada kesempatan berniaga dan bukannya nak berikan peluang orang ramai rasa kesedapan makanan yang mereka masak.

Bila sering terkena, maklumat mengenai makanan penting didapatkan terlebih dulu sebelum nak rasa makanan di bandaraya seperti KL atau Shah Alam. Kalau tidak anda hanya akan dapat rasa air yang ditambahkan garam sahaja.

Berniaga makanan sedap di bandar satu kelebihan

Oleh itu, jika anda mampu buat masakan yang sedap. Jika anda ada resepi sediakan makanan yang sedap di bandar, anda ada kelebihan untuk menarik ramai pelanggan. Orang bandar yang ada masa, yang ada citarasa suka cari makanan yang sedap-sedap bila membeli untuk makan.

Jika anda nak tambah pendapatan dengan keadaan bandar yang sungguh mencabar ini, anda boleh fikirkan untuk tambah pendapatan dengan makanan. Kalau tak tahu masak, jangan segan silu dan jangan rasa malas untuk pergi belajar masak. kalau ada resepi bagus, jangan kemut duit untuk beli dan belajar buat di rumah. Jika memang menjadi, cuba jual pada kawan-kawan di pejabat dahulu sebagai percubaan.

Ada beberapa ilmu masakan yang saya boleh kongsikan jika anda mahu tambah pendapatan dengan makanan di bandar ini:

#1. Belajar buat Bun, Pau dan Pizza - jika anda mampu sediakan bun, pau atau pizza sendiri dengan kesedapan bertaraf jotel lima bintang, anda sudah pasti mampu tambah pendapatan dengan membuat dan menjualnya. Boleh belajar dengan membeli Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel

#2. Belajar buat berbagai putu - Ada putu mayam, ada putu piring dan ada putu buluh. Putu buluh agak terkenal di Selangor sekarang. Ramai yang dah pandai buka stall kecil berniaga putu buluh di tepi jalan. Bila putu buluh gebu dan lazat, perniagaannya meletup tak memang tangan. Anda juga boleh sediakan makana dari jenis berbagai putu dengan dapatkan Video Ebook Rahsia Putu Piring, Putu Bambu & 10 Aneka Putu Special

#3. Belajar buat cupcake - Jika anda tahu buat cupcake dari rumah, boleh pasarkannya dengan berbagai cara yang mudah sekarang ini. Ketahui caranya dengan dapatkan Panduan Perniagaan Cupcake

#4. Belajar buat coklat buatan tangan - Ini satu lagi makanan yang biasanya kita kaitkan dengan kemewahan. Sebabnya adalah kerana coklat dulunya berkaitan rapat dengan lapangan terbang. Bila turun kapal terbang ada pusat jualan coklat bebas cukai. Jadi bila beli coklat, tentu orang itu kaya sebab boleh naik kapal terbang. kini bila Every Body Can Fly with Air Asia, coklat dimakan oleh semua orang. Anda juga boleh buat coklat dan jual dengan dapatkan Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum

Setakat itu saja kali ini panduan tambah pendapatan dengan makanan. Kalau nak cuba boleh pilih salah satu yang berkenan di hati.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1538

Trending Articles