Syed Mokhtar kaya bukan satu rahsia. Semua orang kat Malaysia ni samada Melayu, Cina, India atau apa saja bangsa kenal siapa dia Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Rekod pemerhati kekayaan rakyat Malaysia menunjukkan dia orang Melayu paling kaya di Malaysia. Jumlah kekayaannya diukur daripada jumlah syarikat yang dimilikinya yang tersenarai di Bursa Saham.
Apa saja urusan dari makan sehinggalah ke pengankutan tak akan terlepas daripada menggunakan khidmat yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang dimilikinya.
Celik saja mata nak bersarapan, kita makan roti Gardenier...Syed Mokhtar punya
Bancuh kopi bubuh gula CSR...Syed Mokhtar punya
Start kereta Proton atau Honda...Syed Mokhtar punya
Makan tengahari pekena nasi dua pinggan...Syed Mokhtar punya
Pergi pejabat pos laju ambil bungkusan atau pergi pejabat pos biasa bayar bil...Syed Mokhtar punya
Hantar barang ke luar negara, masuk Pelabuhan Tanjung Pelepas...Syed Mokhtar punya
Nak cari buku pergi ke MPH...Syed Mokhtar punya
Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak dan panjang sekali hubung kait perjalanan kehidupan rakyat Malaysia dengan syarikat-syarikat kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Ditambah lagi dengan kejayaan Syed Mokhtar menguasai Pelabuhan Pulau Pinang dan juga lesen komunikasi 4G mengatasi telekom membuatkan kuasanya bertebaran dengan lebih luas lagi menyentuh rakyat Malaysia.
Mari cuba lihat secara positif
Kalau dilihat betapa sumbangan Syed Mokhtar memberikan kemudahan dan perkhidmatan pada jumlah manusia yang cukup ramai di negara kita, pahalanya terlalu besar.
Perniagaan adalah perkhidmatan memenuhi keperluan orang ramai. Jika tidak ada keperluan maka tidak akan wujud perniagaan. Itulah yang Syed Mokhtar cuba penuhi permintaan daripada lebih kurang 30 juta rakyat malaysia.
Tak payah lihat jauh-jauh, beras dan gula sahaja membuatkan Syed Mokhtar menjadi satu-satunya orang yang memberikan khidmat bekalan paling ramai pada rakyat Malaysia. Belum masuk lagi segala aktiviti lain yang kita dah senaraikan di atas.
Kalau dalam hal ehwal kebajikan yang tidak berorientasikan perniagaan pula, Sted Mokhtar juga menjadi champion. Kalau masjid rosak nak baiki tak ada duit, cuba minta pada Yayasan Al-Bukhari, insyaallah dia bagi. Berapa banyak Masjid yang dia ubauh suai melaui aktiviti Yayasan Al-Bukhari....!.
Syed Mokhtar kaya salah siapa?
Memang ramai yang mula menyerang Syed Mokhtar kerana kekuasaannya yang besar dan menjadi anak emas sejak pemerintahan Tun Mahathir, berhenti sekejap masa zaman Pak Lah, dan disuap lebih banyak lagi sekarang semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan sahaja para ahli politik pembangkang, malah ahli politik Barisan Nasional juga mengeluh dan mempersoalkan pemerintahan Najib sekarang yang menaikkan Syed Mokhtar menjadi seperti raja. Mereka siap menawarkan diri lagi untuk menerima peluang yang sama macam Syed Mokhtar....seperti mana yang dikeluhkan oleh Bung Mokhtar tahun lepas.
Baru-baru ini juga Ketua Pembangkang menegur status Bernas yang menjadi kuasa besar monopoli industri beras di negara kita yang dikuasai oleh Syed Mokhtar yang terpaksa di keluarkan dari Bursa Saham kerana pegangan individu yang telah melebihi syarat.
Ini membuatkan Bernas tidak lagi menjadi kepunyaan negara dan juga para petani dan perbadanan yang sebelum ini ada memegang saham di dalam bernas.
Sejak tahun lepas kedudukan hutang Syed Mokhtar yang melebihi RM34 billion menjadi persoalan kepada orang ramai yang berpengalaman menyaksikan bagaimana satu ketika dulu Kumpulan Renong yang diketuai oleh Halim Saad menghancurkan dan merugikan ratusan juta para pelabur saham dan lain-lain sehingga kerajaan terpaksa keluarkan RM10 billion untuk selamatkannya.
Pada ketika itu Kumpulan Renong hanya memiliki hutang sebanyak RM20 billion sahaja. Keadaan Syed Mokhtar sekarang ini jauh lebih tinggi daripada Kumpulan Renong dan jika berlaku sesuatu pada negara dan pada kedudukan perniagaan Syed Mokhtar, dia akan memberi kesan yang jauh lebih teruk daripada Renong.
Jangan Salahkan Syed Mokhtar
Kita tak sepatutnya menyalahkan Syed Mokhtar kerana dia seorang usahawan. Saya faham sangat usahawan itu kerjanya mencari dan merebut peluang. Tak ada salahnya mencri peluang perniagaan dan menguasai berbagai perniagaan di Malaysia asalkan ianya tidak sekat perniagaan orang lain.
Ada yang menyeru agar Syed Mokhtar slow sikit dan hentikan menguasai semua projek Kerajaan dan membeli habis semua syarikat penting di negara kita. Kalau dia berhenti, siapa akan beli?
Jadi kita perlu salahkan Melayu lain yang tak pandai macam Syed Mokhtar yang tak ada cita-cita tinggi macam Syed Mokhtar. Ada sekali saya menerima peringatan daripada orang bila bercakap tentang kaya, agar jangan lupa orang miskin itu masuk syurga awal 40 tahun berbanding orang kaya!.
Ertinya ada orang yang faham bahawa Islam mengajak umatnya menjadi miskin kalau nak masuk syurga. Sedangkan orang miskin yang masuk syurga awal bukan disebabkan dia tak ada wang dan hidupnya melarat, tetapi disebabkan sifat sabar dan redha yang ada padanya menerima dugaan.
Dugaan dan kesabaran itulah perkara penting yang perlu dilihat dan bukannya berusaha menjadi miskin seperti mana yang ada orang faham. Jadi ubah sikap dan bersaing dengan Syed Mokhtar untuk menguasai perniagaan di dalam dan juga luar negara.
Oleh itu dipendekkan cerita...kalau Syed Mokhtar kaya seorang diri, sebanarnya salah saya, anda dan ramai lagi yang tak menjadi hebat macam dia. Mungkin ramai yang tak bersetuju...tak kisah sebab ini sudut pandang bebas dan anda juga bebas memberikan pendapat di runag komen di bawah.
Sumber gambar